Tak Payah Naik “Flight”, Wanita Kongsi Cara Mudah Pergi USS Singapura Naik “Public Transport”
Melancong merupakan satu terapi bagi menenangkan fikiran sesorang. Ramai yang mengambil peluang untuk pergi bercuti setelah penat lelah berkerja bagi menghiburkan diri. Tidak kiralah di dalam mahupun luar negara, percutian yang dirancang dengan baik dapat memberikan memori terindah kepada mereka yang mengalaminya.
Ada yang suka pergi ke pulau-pulau untuk menghabiskan masa dengan berjemur dan mandi laut. Ada pula yang suka pergi bercuti ke tempat tarikan ramai seperti taman tema.
Taman tema di Malaysia mungkin sudah biasa dan mudah untuk dilawati, namun bagi mereka yang menginginkan kelainan dan persekitaran yang berbeza, bolehlah pergi ke Universal Studio Singapura (USS) untuk mendapatkan pengalaman yang lebih mencabar.
Kenapa dikatakan mencabar? Percutian ke USS Singapura kebiasaannya dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong.
Namun kini dengan kemudahan teknologi di hujung jari, anda boleh membuat carian dengan mudah untuk mengetahui cara pergi melawat USS tanpa menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong.
Seorang pengguna di TikTok ada berkongsikan perjalanan beliau pergi ke USS tanpa ‘tour guide’ dengan hanya menaiki pengangkutan awam.
Oleh itu, mari ikuti perkongsian pengguna akaun TikTok bernama Farah ataupun @kehjudapnyeh berkenaan lawatannya ke Universal Studio Singapura tanpa memerlukan pemandu pelancong.
Video perkongsian Farah tersebut turut mendapat perhatian ramai sehingga ia dikongsikan di laman Twitter oleh akaun @TikTokBerguna.
Cara untuk ke Universal Studio Singapura
Menurut Farah, perkara utama yang anda perlu lakukan ialah pergi ke Johor Bharu Central untuk ke Kompleks Bangunan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ). Anda akan lalui Imigresen Malaysia terlebih dahulu sebelum melepasi masuk ke Singapura.
Kemudian anda perlu mengambil bas untuk ke Singapura dengan menggunakan aplikasi Singapore MRT LRT Offline.
Seterusnya anda memerlukan kad NETS dan buat tambah nilai sebanyak SGD 10 (RM32). Kad NETS tersebut boleh digunakan untuk anda naiki MRT dari Kranji ke Outrum Park.
Sampai sahaja ke Outrum Park, anda perlu menukar stesen dan pergi ke Harbour Front sampailah ke Vivo City. Anda kemudiannya akan menjumpai Sentosa Express dan disinilah terletaknya taman tema popular Universal Studio Singapura (USS).
@kehjudapnyeh Replying to @FirdausLee Harap beri manfaat untuk korang juga . #kehjudapnyeh #fyp #uss #universalsingapore #singapore #trip #mrt #holiday
Berapa kos keseluruhan perjalanan?
Menerusi satu lagi video yang dimuat naik, Farah turut berkongsikan kos keseluruhan untuk pergi ke USS.
Menurutnya, harga tiket masuk ke USS ialah RM 246, tambah nilai bagi kad NETS RM 33, duit poket (standby) RM 166 dan terakhir untuk kegunaan internet sebanyak RM10. Secara kasar perbelanjaan keseluruhan kos lawatan tersebut adalah sebanyak RM455.
Harga tiket sudah termasuk untuk lawatan ke semua kawasan taman tema tanpa had. Tempat penyimpanan (locker) barang juga disediakan secara percuma kepada 100 minit yang pertama.
@kehjudapnyeh Replying to @ItsAnNur Semoga bermanfaat untuk siapa yang nak travel sendiri . Video sy untuk org nak pergi naik MRT tau . Kalau nak mudah paki lah agensi tp costing sikit lah . #kehjudapnyeh #fyp #uss #universalsingapore #AikenPrebioticCNY #trip #mrt #singapore #rollercoaster
♬ Heartwarming weakness system “3 minutes cooking song”(941517) – ラフティープロダクション
Kata beliau lagi, anda yang mahu pergi ke USS wajib masuk kesemua taman tema yang ada. Harga tiket mahal mestilah kena cuba semua benda kan?
Macam mana dengan perkongsian di atas? Lepas ini boleh la pergi USS dengan sendiri je tanpa pemandu pelancong. Duit pun boleh dijimatkan jika pergi sendiri.
Diharap dengan perkongsian itu dapat membantu anda yang sudah berniat untuk menjelajah solo ke USS.