Tangan Bergari Diiringi Polis, Andrew Tate Dilihat Hadir Ke Mahkamah Bersama Al-Quran
Andrew Tate dilihat memegang senaskah Al-Quran sewaktu hadir ke perbicaraan mahkamah di Romania hari ini, lapor The Independent.
Personaliti media sosial tersebut menghadiri perbicaraan bagi membuat rayuan selepas hakim melanjutkan tempoh penahanannya kepada 30 hari atas tuduhan terlibat dalam kumpulan jenayah terancang, pemerdagangan manusia dan rogol.
Bekas petarung MMA berusia 36 tahun itu dilihat memegang Al-Quran sambil tangannya digari bersama dengan abangnya Tristan sewaktu mereka dalam perjalanan masuk ke mahkamah di Bucharest pagi semalam.
Tate telah ditahan pada 29 Disember lalu di utara ibu kota Bucharest bersama abangnya Tristan yang turut didakwa dalam kes berkenaan. Dua lagi suspek yang merupakan warga Romania turut ditahan.
Tate mengumumkan dia telah memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu menerusi catatannya di Gettr miliknya.
“Inilah sebabnya saya menjadi seorang Muslim. Mana-mana orang Kristian yang percaya kepada kebaikan dan memahami perjuangan sebenar menentang kejahatan mesti menukar agama. Maka bersabarlah, sesungguhnya janji Allah adalah BENAR (Quran 30:60),” tulis Tate.
Sebelum penghijrahannya, Tate merupakan seorang Kristian Ortodoks dan sentiasa bersedekah dalam jumlah yang besar kepada gereja di Romania, tempat dia tinggal sejak 2017.
Beliau juga sebelum ini memuji agama Islam dan berkata bahawa ia telah banyak memperbaiki masalah yang dihadapinya.
“Umat Islam adalah satu-satunya orang yang akan mempertahankan kepercayaan mereka dan tidak akan mempermainkannya,” kata Tate.
“Beberapa negara terbaik di dunia hari ini adalah milik negara Islam yang pertama di dunia. Anda boleh pergi ke Qatar dan tidur sambil memangku sejuta dolar di sisi anda di tengah jalan, tiada apa yang akan berlaku kepada anda.
“Anda boleh pergi ke Saudi, tiada apa yang akan berlaku kepada anda. Anda boleh pergi ke Dubai dan tiada apa yang akan berlaku pada anda juga disitu,” tambah Tate lagi.
Andrew Tate arrives at court with the Quran 📕❤️
“Shall I look upon anyone apart from Allah for judgement?”
Quran 6:114#AndrewTate #FreeTopG pic.twitter.com/Lr0Jni0AkQ
— ☘️ Halal Nation ☘️ (@halalhomer_) January 10, 2023
Sumber: The Independent