Siakap Keli
uniqlo naikkan gaji pekerja sehingga 40 peratus
Kredit: iStock/winhorse via Japan today

Uniqlo Umum Naikkan Gaji Pekerja Di Jepun Sehingga 40 Peratus

Pemilik rangkaian fesyen Jepun, Uniqlo dilaporkan akan menaikkan gaji tahunan pekerja sehingga 40 peratus mulai Mac, lapor Japan Today.

Difahamkan, usaha itu dilakukan bagi mengecilkan jurang imbuhan dengan pekerja di luar negara dan meningkatkan daya saing syarikat di peringkat global.

Uniqlo menyertai usaha syarikat besar lain yang melaksanakan usaha yang sama di tengah-tengah kebimbangan orang ramai terhadap kos sara hidup yang terus meningkat di Jepun.

Disebabkan oleh semakan sistem imbuhannya meliputi 8,400 pekerja sepenuh masa, maka kos buruh domestik dijangka turut meningkat sekitar 15 peratus.

Menurut syarikat itu, gaji permulaan bulanan untuk graduan universiti akan dinaikkan kepada RM9,900 daripada RM8,400 yang menunjukkan peningkatan tahunan kira-kira 18 peratus.

Dalam pada itu, gaji bulanan pengurus kedai baharu, yang biasanya pekerja tahun pertama atau kedua hanyalah RM12,000, naik sebanyak RM3,300 dan peningkatan sekitar 36 peratus setiap tahun.

Tambahnya, pendapatan tahunan pekerja lain juga akan meningkat sehingga 40 peratus.

Sebelum ini, kerajaan Jepun telah menggesa syarikat menaikkan gaji di tengah-tengah peningkatan kos sara hidup dan dipercayai langkah itu akan memberi kesan ‘shunto’ tahunan antara pengurusan dan buruh di sana.

Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno sangat mengalu-alukan keputusan ‘fast retailing’ untuk menaikkan gaji dan berharap syarikat lain akan membuat perkara yang sama.

“Cara terbaik untuk menangani harga komoditi yang tinggi pada masa ini adalah dengan menaikkan gaji secara berterusan untuk seiring dengan kenaikan harga,” katanya.

Bonus pekerja fast retailing juga dijangka meningkat berdasarkan dengan perubahan yang dibuat pada masa akan datang.

Ujar syarikat itu, ia akan membatalkan elaun eksekutif dan melaksanakan sistem gred biasa untuk menentukan gaji pekerja.

Kenaikan gaji terbaru itu dijangka dilakukan selepas syarikat berkenaan menaikkan gaji pekerja sambilan di Jepun sebanyak 20 peratus secara purata September lalu.

Sumber: Japan Today

BACA: Syamsul Yusof Akui Block Sarah Di WhatsApp “Yes, Saya Block Dia, Kerana…”

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.