Siakap Keli
syamsul yusof block sarah
Gambar: Tangkap Layar Video Tular

Syamsul Yusof Akui Block Sarah Di WhatsApp “Yes, Saya Block Dia, Kerana…”

Syamsul Yusof Akui Block Sarah Di WhatsApp “Yes, Saya Block Dia, Kerana…”

Pengarah terkenal Syamsul Yusof mengakui dirinya menyekat isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana kerana tidak mahu hubungan mereka bertambah teruk dan memudaratkan susulan dengan kata-kata negatif yang dilemparkan oleh kedua pihak.

Syamsul menjelaskan perkara terbabit untuk mengelakkan fitnah yang dibuat oleh netizen berkaitan dengan kemelutan rumah tangganya.

“Saya beritahu sedikit bagi anda semua faham, why saya block isteri saya kerana saya seorang yang tidak suka bergaduh.

“Awak sentiasa memaki hamun saya, maksudnya awak sudah tiada hormat. Saya tiada ruang untuk berbicara bila awak Whatsapp, awak cakap macam-macam.

“Bagi saya ini memudaratkan, saya block. Yes, saya block kerana saya tidak mahu hubungan kita makin teruk, makin keruh, makin mudaratlah,” katanya dalam hantaran yang dibuat pada Selasa.

Syamsul berkata tindakannya untuk menyekat Puteri Sarah bukan bermakna dia tidak menghiraukan anak-anak dan membuang keluarganya, sebaliknya urusan penting seperti nafkah masih diberikan.

Dia kemudiannya meminta untuk Puteri Sarah pulang ke rumah untuk berbincang bagi menoktahkan segalanya.

“Saya tidak bawa berbincang? Sebelum ini cuba lihat video video saya sebelum ini Puteri Sarahku.

“Tadi masa awak minta duit dengan saya, kenapa awak tak ajak berbincang? Pintu rumah sentiasa terbuka. Boleh datang balik rumah untuk berbincang.

“Saya ajak awak berbincang,” ujar Syamsul

Pengarah filem Mat Kilau itu juga berkata walaupun isterinya meminta untuk berpisah tetapi perbincangan itu haruslah dilakukan di rumah melibatkan dua belah pihak iaitu dirinya dan Puteri Sarah.

“Bila awak kata saya block awak, awak canang benda itu.

“Selama ini kita berkomunikasi through your mom, menerusi mak saya, orang gaji awak, adik saya Syamel. Kita sentiasa berkomunikasi.

“Apa sahaja isu, kita berbincang di rumah,” tambahnya.

Bagi menghentikan kemelut ini, Syamsul berkata dirinya akan menghantar mesej kepada Puteri Sarah melalui Whatsapp.

Dalam pada itu, Syamsul juga meminta orang ramai untuk tidak masuk campur mengenai urusan rumah tangganya.

Sebelum ini, Puteri Sarah berkongsi di Instagram mengenai Syamsul Yusof yang menyekat dirinya hingga sekarang dan menggagalkan perbincangan dilakukan oleh kedua belah pihak.

Puteri Sarah tekad meminta Syamsul untuk melepaskan saya kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Sumber: Syamsul Yusoff via Instagram

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana