Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Elak Risiko Serangan Siber, Pengguna WhatsApp & Telegram Disaran Matikan Fungsi "Auto-Download"

Fungsi "Auto-Download"
Kredit: AFP

Pengguna platform WhatsApp dan Telegram diingatkan supaya berwaspada terhadap fail yang dimuat turun secara automatik menerusi aplikasi berkenaan kerana ia berpotensi mengundang risiko keselamatan siber.

Iklan

Menurut National Cyber Security Agency (NACSA) Malaysia, fail berbahaya yang menyamar sebagai dokumen kewangan atau perundangan kini digunakan oleh penjenayah siber untuk memperdaya pengguna supaya membuka lampiran yang dihantar.

Fail berbahaya yang boleh mendedahkan maklumat sensitif

Antara format fail yang berisiko disalahgunakan termasuk .vbs, .apk, .zip, .iso dan .xlsx.

Fail berkenaan boleh digunakan untuk melaksanakan kod berniat jahat, sekali gus membolehkan penjenayah siber mengawal komputer dari jauh serta mencuri maklumat sensitif pengguna.

Pengguna disaran matikan fungsi “Auto-download”

Bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah siber, pengguna disarankan mengambil beberapa langkah keselamatan ketika menggunakan aplikasi tersebut.

Antara langkah keselamatan yang disarankan NACSA adalah:

  • Matikan fungsi muat turun automatik di WhatsApp dan Telegram.

  • Elakkan membuka fail atau lampiran daripada sumber yang tidak dikenali atau mencurigakan.

  • Sahkan identiti pengirim sebelum membuka sebarang fail yang tidak dijangka.

  • Pastikan aplikasi dan sistem operasi peranti sentiasa dikemas kini.

Apa kena buat kalau dah terbuka fail?

  • Putuskan sambungan internet peranti dengan segera

  • Tukar kata laluan akaun penting menggunakan peranti lain yang selamat

  • Hubungi pihak bank jika maklumat perbankan terjejas

  • Dapatkan bantuan teknikal dan laporkan insiden kepada pihak berkaitan

Langkah mudah ini penting bagi mengurangkan risiko kecurian maklumat dan pencerobohan peranti, terutama ketika aplikasi pesanan menjadi antara saluran komunikasi utama dalam kehidupan seharian.

Jangan tunggu sehingga menjadi mangsa. Semak tetapan WhatsApp dan Telegram anda hari ini serta rujuk infografik untuk mengetahui langkah-langkah keselamatan yang boleh diamalkan.

Sumber:Facebook
Intipati
  • Pengguna WhatsApp dan Telegram diingatkan berwaspada terhadap fail yang dimuat turun secara automatik.
  • Fail berbahaya boleh menyamar sebagai dokumen kewangan atau perundangan untuk memperdaya pengguna.
  • Pengguna disaran mematikan muat turun automatik dan mengemas kini aplikasi serta sistem operasi.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan