Anak Cimpanzi Spesis Jarang Ditemui Selamat Dilahirkan Di Zoo UK
Seekor anak cimpanzi yang paling jarang ditemui selamat dilahirkan di Zoo Chester di United Kingdom (UK).
Menurut The Guardian, Zoo Chester telah menerima seekor cimpanzi Afrika barat ketika ianya sedang bunting lapan bulan.
Pakar primatologi berkata, sekurang-kurangnya 18,000 cimpanzi di seluruh Afrika yang dilahirkan memberi harapan kepada usaha untuk memastikan keadaan jangka panjang spesies tersebut.
Pakar haiwan di zoo berkenaan berkata anak haiwan itu berada dalam keadaan sihat dan telah menghabiskan beberapa minggu pertama kehidupannya bersama ibunya serta seluruh 22 spesiesnya yang lain.
Pengurus pasukan di Zoo Chester, Andrew Lenihan, berkata bahawa mereka sebelum ini mengalu-alukan Dylan [Bob], Alice [Cooper] dan Annie [Lennox] di dalam ruangan tersebut.

Memetik The Guardian, Andrew berkata haiwan tersebut berada dalam keadaan terancam jika dibiarkan hidup di hutan kerana aktiviti penebangan di barat Afrika, pemburuan haram dan juga penyakit yang disebarkan oleh manusia.
“Dia mungkin tidak mengetahuinya, tetapi bayi ZeeZee adalah rangsangan kecil tetapi penting kepada populasi global cimpanzi barat, pada masa ia diperlukan untuk spesies terancam ini,” katanya.
Populasi kecil cimpanzi barat masih lagi ditemui dari Senegal hingga Ghana di Afrika barat tetapi ia telah pupus di Benin, Burkina Faso dan Togo.
Mike Jordan, pengarah haiwan dan tumbuhan di zoo pemulihan mengatakan bahawa dalam 25 tahun kebelakangan ini sahaja dunia telah kehilangan 80 peratus populasi cimpanzi barat.
Beliau menambah kedatangan anak haiwan yang sihat di Chester memberi harapan sebenar bahawa mereka boleh membantu mengubah keadaan untuk spesies terancam tersebut.
“Kami berada di tengah-tengah krisis kepupusan global. PBB menganggarkan bahawa 1 juta spesies boleh pupus dalam hidup kita,” kata Mike.
Menurut Mike, zoo pemuliharaan sedang melakukan segala yang mampu untuk menghentikan dan membalikkan perkara itu.
Sumber: The Guardian