Siakap Keli
Gambar: TikTok Waffler69

Terkenal Dengan Video “Review” Makanan, Bintang TikTok Waffler69 Meninggal Dunia

Terkenal Dengan Video “Review” Makanan, Bintang TikTok Waffler69 Meninggal Dunia

Bintang media sosial di platform TikTok, Waffler69, yang terkenal dengan video ulasan makanan dilaporkan meninggal dunia pada usia 33 tahun, lapor The Independent.

Taylor LeJeune, yang mempunyai 1.8 juta pengikut di TikTok itu semakin popular selepas dia aktif memuat naik video makan makanan pelik serta kadangkala makanan yang telah tamat tempoh.

Video terbaharu yang dikongsi di TikTok miliknya menunjukkan dia merasai bijirin Big Fruit Loop bersaiz besar dan mengulasnya di hadapan kamera.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Clayton Claydorm, adik Talylor, memberitahu mengenai pemergian abangnya menerusi satu video di TikTok.

“Abang saya Taylor telah meninggal dunia sekitar jam 10 malam pada 11 Januari 2023, akibat serangan jantung,” kata Clayton.

Clayton berkata abangnya dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia satu setengah jam kemudian.

“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam masa terdekat, tetapi saya fikir saya perlu menggunakan TikTok dan memberitahu kepada semua pengikutnya,” kata Clayton.

Memetik The Independent, Clayton berkata dia menerima panggilan daripada ibu mereka yang mengatakan bahawa dia perlu membawa Taylor ke hospital kerana dia mengalami kesuskaran untuk bernafas.

Ambulans membawanya ke hospital di mana dia disahkan meninggal dunia, kata Clayton.

Dalam pada itu, Clayton telah menyediakan halaman GoFundMe untuk mengumpul wang bagi menampung kos pengebumian dan perbelanjaan perubatan. Usaha itu berjaya mengumpulkan lebih daripada 12,000 dolar (RM52,020).

“Ini sangat gila untuk melihat berapa ramai orang yang benar-benar menyayangi abang saya selain daripada keluarga saya,” luah Clayton.

Dalam komen pada video Waffler69, peminat telah memeberi penghormatan kepada mendiang bintang TikTok tersebut.

“Saya sangat sedih mendengarr berita ini. Dia (Taylor) adalah seseorang yang baik, takziah buat keluarganya,” tulis seorang warganet.

“Rehatlah Taylor, anda membawa begitu banyak kebahagian kepada dunia ini dan kepada saya,” tulis seorang lagi.

@claydorm Rest in piece Bubba I love you ❤️ @wafffler69 ♬ original sound – Claydorm

Sumber: The Independent

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.