Siakap Keli

Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Mesti ramai diantara kita yang ada niat nak buat umrah kan? Tapi terhalang sebab duit tak cukup dan susah nak dapat cuti panjang. Yelah, nak buat Umrah ni bukannya dekat. Dekat Arab Saudi sana tu. Cuti sehari dua memang tak akan cukup. So, akhirnya terpaksa apply cuti annual leave lebih kurang dua minggu. Kalau bos jenis yang okay nak approve cuti lama-lama tak apalah. Ini karang dapat bos yang jenis tak sporting, memang stress. Tapi kalau korang nak juga pergi Umrah tapi takut nak apply cuti lama-lama, ni min nak bagitahu good news untuk korang ni. 

Pakej mesra poket tapi servis kayangan

Min baru-baru ni baru je balik daripada tunaikan ibadah umrah dengan IKHLAS. IKHLAS ni kalau korang nak tahu, diorang ni ialah sebuah syarikat di bawah naungan AirAsia. Pakej Umrah yang diorang tawarkan harga dia memang mesra poket. Korang bayangkan, dengan harga bermula dari RM5,990 je korang dah boleh tunaikan umrah dah. Untuk pakej ni nama dia ialah Umrah Lite. Murah kan? Yang paling best sekali, korang tak payah pening nak minta cuti kat bos korang lama-lama sebabnya pakej yang ditawarkan ni adalah selama 9 hari 7 malam je. Serious tak tipu, memang berbaloi kalau korang ambik pakej ni. Sebab dengan pakej ni, korang berpeluang ziarah kota Madinah dan tunai umrah sebanyak 3 kali tau.

Naik AirAsia X direct terus ke Jeddah

Ok, masa check in beg dekat KLIA2 tu, memang korang takyah fikir banyak sebab semua pihak IKHLAS akan uruskan. Memang smooth sangat. Korang just bagi beg, dan tunggu jelah flight korang tu. Untuk kapal terbang, korang akan naik AirAsiaX. Untuk pertama kalinya, AirAsiaX buat penerbangan sulung terus ke bumi Arab Saudi. So min adalah antara yang terawal naik flight AirAsiaX ni pergi sana. Flight ni direct ke Jeddah tau, takde transit. So min advice korang bawaklah baju sejuk dalam flight sebab selama 9 jam perjalanan tu, memang korang akan beku kalau tak prepare apa yang patut. Tapi tak tipu, 9 jam perjalanan tu memang penat. Tapi yang penting makan minum terjaga. Sebabnya kat dalam flight nanti korang akan dapat 2 kali makan.

Perjalanan Ke Jeddah

Time dah sampai je Jeddah tu, korang akan naik bas untuk ke Madinah. Perjalanan ke kota Madinah tu ambik masa dalam 5 hingga 6 jam. Yang ada masalah nak membuang tu tak perlu risau sebabnya kat dalam bas tu memang dah disediakan tandas. Memang perjalanan panjang dan agak memenatkan, tapi korang tak perlu pening pasal makanan sebab time korang naik je bas sebelum bertolak tu, korang akan diberikan makanan. So perut korang tak akan sempat kosong punya.

Tiba ke kota Madinah

Sampai je kota Madinah, pihak pengurusan IKHLAS akan uruskan check-in bilik hotel. Untuk pengetahuan korang, hotel yang korang akan duduk nama dia ialah Durrat Al Eiman. Hotel ni 3 bintang dan jarak hotel ni untuk ke masjid Nabawi dalam 150 meter je. Jalan kaki pun tak penat. Dekat sini kalau jalan kaki memang takkan rasa jauh pun sebab kawasan kota Madinah ni sangat meriah. So, best jalan kaki merayau-rayau dekat sini. Kedai untuk shopping pun dekat je dengan hotel, lagi best.

3 Hari di Madinah

Untuk pakej Umrah Lite ni, korang akan dapat duduk di Madinah selama 3 hari. Dekat sini, korang boleh lah masuk ke Raudhah, dan solat dekat masjid Nabawi. Akan ada hari yang korang diberikan aktiviti bebas, maknanya korang boleh lah jalan-jalan tengok keindahan masjid Nabawi ni. Serious min tak tipu, memang cantik gila masjid ni. Bukan tu je, aktiviti yang disusun kat sini juga termasuk tour beramai-ramai bersama mutawif. Time ni lah, mutawif yang berpengalaman akan ceritakan tentang kisah-kisah sejarah yang berlaku dekat kawasan sekitar masjid Nabawi ni. Jangan malu kalau nak tanya apa-apa dekat mutawif sebabnya mutawif pihak IKHLAS ni memang sangat sporting dan sangat membantu. Banyak benda yang min dapat tahu dekat sini.

Time kat Madinah ni, para jemaah semua ada buat request iaitu kitorang ramai-ramai nak pergi ke Jabal Malaikat yang terletak dekat Badar. Yang ni takde dalam tentatif, tapi pihak IKHLAS dengan berbesar hati sanggup aturkan untuk tunaikan hasrat jemaah pergi kat sini. Memang senang je nak deal dengan diorang ni. Disebabkan takde dalam tentatif, korang kena bayar tambang 50 riyal je untuk ke sana.

Tak perlu bawa buku, hanya muat turun aplikasi IKHLAS

Lepas selesai ziarah Madinah selama 3 hari, semua jemaah akan diberikan taklimat akhir untuk tinggalkan kota Madinah dan bergerak ke kota Mekah untuk tunaikan ibadah umrah. Kalau korang baru first time tunaikan umrah macam min, korang tak perlu risau pasal macam mana nak buat umrah tu. Sebabnya, korang boleh tanya terus dekat mutawif pasal apa-apa je yang korang concern contohnya doa dan larangan-larangan yang korang tak boleh buat.

Seiring dengan peredaran zaman, IKHLAS juga turut ada sediakan aplikasi yang boleh guide korang dari first step korang tunai umrah, sampailah step terakhir. Semua dah ada dalam tu. Tak payah korang susah-susah nak bawa buku. Tengok phone je. Tapi kalau ada yang ada masalah internet ke apa, IKHLAS turut sediakan panduan umrah tu dalam bentuk PDF. Sebelum umrah tu nanti, diorang akan send dekat WhatsApp korang untuk standby kalau-kalau internet korang problem.

Check-in hotel 5 star dekat Mekah

So lepas bertolak dari Madinah tu sambil berihram, korang akan terus check-in hotel sebaik tiba di Mekah. Hotel yang dekat Mekah ni nama dia Hotel Shaza. Hotel ni memang terbaik. 5 bintang, hotel cantik, makanan best, servis hotel pun ‘tiptop’. Memang puas hati. Bilik dia pun eksklusif gila. Hotel ni hanya terletak kira-kira 300 meter je dari Masjidil Haram. Kat sini kalau korang malas nak jalan kaki, hotel ni siap ada sediakan shuttle bas lagi. Tapi shuttle bas ni, ada jadual dia.

IKHLAS belanja pergi Taif

Tanpa diduga, mungkin rezeki masa dekat sana. Pihak IKHLAS dapat tahu yang hotel dekat Mekah ada masalah nak check-in. Sebagai tanda maaf serta nak puaskan hati para jemaah, pihak IKHLAS dengan murah hatinya belanja para jemaah untuk pergi ke Taif. Taif yang terletak kira-kira 90km dari kota Mekah ni boleh diibaratkan macam Cameron Highland la kalau kat Malaysia. Sebab kat sini, dia tanah tinggi dan cuaca dia pun agak sejuk. Dekat sini, korang akan dibawa untuk melawat ke tempat bersejarah dan ada tempat jual buah-buahan yang segar. Kat sini, korang berpeluang untuk tunaikan umrah untuk kali ketiga kalau korang nak sebab korang boleh bermiqat di Qarnul Manazil.

Serba serbi lengkap dengan aplikasi IKHLAS

 

Kalau korang nak tahu, aplikasi IKHLAS ni bukan sahaja sangat membantu min untuk tunai ibadah umrah. Aplikasi ni juga banyak membantu untuk korang buat benda lain. Sebabnya dekat dalam aplikasi ni, juga terdapat perkhidmatan zakat, waktu solat, Al-Quran, arah kiblat, sedekah dan banyak lagi. Memang serba-serbi lengkap. Paling best sekali, kalau korang sedekah guna aplikasi ni, korang akan dapat ganjaran AirAsia points tau. Disebabkan IKHLAS ni anak syarikat Capital A (AirAsia), so korang akan dapat nikmati ganjaran tu daripada AirAsia. So lepas ni kalau korang nak sedekah ke apa ke, pakai aplikasi IKHLAS ni. Sambil buat amal tu, korang boleh la dapat points. Points tu korang boleh tebus untuk beli tiket flight korang.

Pakej yang ditawarkan

Untuk korang yang tengah plan nak pergi umrah tu, boleh lah survey pakej dari IKHLAS ni. Secara keseluruhan terdapat 3 pakej yang ditawarkan. Yang paling murah sekali ialah pakej Umrah Lite. Harganya bermula serendah RM5,990. Seterusnya ialah pakej Umrah Jejak Rasul. Pakej yang ditawarkan ni adalah selama 12 hari 10 malam. Untuk pakej ni harga dia bermula dari RM6,990. Pakej ketiga pula ialah pakej Umrah Hawa. Pakej ni harga dia bermula dari RM7,390.

Beg umrah lawa, design ekslusif

Sebelum nak pergi umrah tu, korang akan dapat satu sling bag dengan bagasi. Sling bag dan bagasi IKHLAS ni serious min cakap, dia punya design tu sangat-sangatlah ekslusif sebab bagi min lawa. Lepas tu, korang akan dijemput untuk join kursus secara online yang diadakan bersama dengan mutawif korang. Kursus ni free sebab dah memang ada dalam pakej korang. Time kursus tu, memang korang akan dapat tahu banyak benda pasal umrah ni.

Untuk yang pertama kali nak pergi tunaikan ibadah umrah ni, korang tak perlu takut atau gemuruh ke apa. Sebabnya, dekat sana nanti korang akan dijaga dengan baik oleh pihak IKHLAS. Secara keseluruhannya, trip umrah dengan IKHLAS ni memang sangat-sangat disyorkan.

Aqmal Ezany

I write what is right