Siakap Keli
warga jpm berdiri tengah panas
Kredit: BERNAMA

Anwar Gusar Warga JPM Berdiri Tengah Panas, “Kita Nak Cakap Pun Rasa Guilty…”

Anwar Gusar Warga JPM Berdiri Tengah Panas, “Kita Nak Cakap Pun Rasa Guilty…”

“Perhimpunan memang kena tengah panas macam ini ke?”

Demikian kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila melihat warga perkhidmatan berdiri di tengah-tengah panas ketika beliau menyampaikan ucapan di Putrajaya  pada hari ini.

Menerusi video Radio Televisyen Malaysia (RTM), Anwar meluahkan kerisauan tersebut apabila berdiri di hadapan mereka dan beliau juga sempat menyelitkan sedikit jenaka sebelum berucap.

“Saya kadang beritahu Ketua Setiausaha Negara (KSN), perhimpunan memang kena tengah panas macam ini ke?

“Saya tanya timbalan-timbalan Kementerian Kewangan, tidak boleh ke bawa tempat teduh sikit? Jadi kita nak cakap pun rasa guilty, nak panjang nanti orang panas,” katanya sambil ketawa.

Ujarnya, beliau akan membincangkan mengenai perkara tersebut bersama KSN kerana ia merupakan kehandalan kementerian itu untuk mengendali tugas sedemikian.

Difahamkan juga, beliau berucap sedemikian dalam perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Januari 2023 di Putrajaya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

@radiotelevisyenmalaysia

Santai je Perdana Menteri kita. Siap bagitahu lagi rasa bersalah nak cakap panjang sebab nanti panas 😆 #DSAI #RTMKlik #DemiPertiwi

♬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official

Sumber: RTM via Tiktok

BACA: Jangan Amal Budaya Selesa, Tekad Laksana Perubahan Untuk Negara – PM

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana