Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ribut & Hujan Lebat Landa Cyberjaya, Banyak Kejadian Pokok Tumbang Dipercayai Berlaku
Beberapa kawasan di Cyberjaya, Selangor dilanda hujan lebat dan ribut yang membawa angin kencang sekitar jam 4 petang tadi.
Susulan kejadian itu, tular beberapa video dan gambar yang mendedahkan kejadian buruk yang menimpa di sekitar kawasan berkenaan.
Difahamkan, angin kencang menyebabkan beberapa kawasan menyebabkan pokok dan papan tanda jalan raya tumbang.
Dalam satu klip rakaman yang dimuat naik di Facebook kumpulan Cyberjaya Info memaparkan ribut kencang yang melanda di sekitar kawasan perumahan sewaktu kejadian.
Beberapa pengguna Twitter juga memuatnaik video yang memaparkan ketika ribut tersebut berlaku.
Sementara itu, hasil tinjauan oleh pihak SK di Jalan CBD Perdana turut mendapati berlaku kejadian pokok tumbang namun tidak mengganggu lalu lintas.



Sumber: Cyberjaya Info
BACA JUGA: Angka Korban Terkini Nahas Pesawat Nepal Meningkat Kepada 67 Orang