Siakap Keli
Lelaki Bakar Rumah Majikan
Kredit: Tribun Manado

Lelaki Bakar Rumah Majikan Sebab Tak Bayar Gaji

Seorang lelaki bertindak membakar rumah majikannya ekoran tidak puas hati sudah bekerja 10 hari namun tidak dibayar gaji dalam kejadian yang berlaku di Desa Teling Atas, Manado pada Khamis.

Lelaki berkenaan, 17 tahun yang bekerja sebagai pembantu rumah dikatakan mahu berhenti setelah 10 hari bekerja dan mahu majikan untuk membayarnya.

Namun, majikannya enggan memberi gaji dengan alasan suspek baru sahaja bekerja, malah tempohnya melebihi sebulan.

Sementara itu, saksi keterangan berkata, “Supek didakwa berasa sakit hati kemudian membakar rumah majikannya,”

Susulan menerima laporan mengenai suspek, pihak polis bergegas dan berusaha menjejaki mangsa.

Malah, berdasarkan maklumat daripada beberapa sumber, pihak polis segera mengejar suspek yang melarikan diri ke arah Gorontalo dan berjaya menangkapnya ketika sedang makan tengah hari.

Ketua Perhubungan Awam Polis Wilayah Sulawesi Utara, Kombes Pol Jules Abraham Abast berkata, ” Suspek berjaya ditangkap di Jalan Trans Sulawesi, di sebuah restoran di kawasan Sangkub pada Khamis sekitar jam 5:30 waktu Indonesia Tengah (WITA).

“Ketika ini, suspek sudah berada dalam tahanan di Pejabat Polis Manado untuk siasatan lanjut,” jelas Jules.

Sumber: Kompas

Florence Nuar