Siakap Keli

Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Pelajar UPM Hilang

Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Pelajar UPM Hilang

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) — Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilaporkan hilang di universiti itu sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A. Anbalagan berkata pelajar itu dikenali sebagai Mohd Irfan Hakimi Azhar, 22, beralamat di Bilik Asrama, Blok Delima, Kolej Canselor, UPM, Serdang.

Beliau berkata bapanya membuat laporan polis pada Isnin lepas dan sebelum kehilangan pelajar itu, bapa mangsa ada menghubungi anaknya untuk bertanyakan khabar namun tiada sebarang respons pada hari sama.

“Bapanya ada menghubungi Mohd Irfan pada 9 pagi tetapi tiada jawapan. Pada hari sama, jam 2 petang, bapanya telah meminta bantuan adiknya (adik kepada bapa mangsa iaitu pakcik mangsa) yang tinggal berdekatan UPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Adik kepada bapa mangsa telah menghubungi rakan sebilik Mohd Irfan yang hanya dikenali sebagai Oh (pelajar jurusan Pengajian Pengguna, UPM) dan menjelaskan anaknya itu dilihat kali terakhir semasa hendak pergi solat Jumaat menaiki motosikal jenis Yamaha LC135 bernombor pendaftaran RAC 5095,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sehingga kini, Mohd Irfan masih belum pulang ke rumah atau balik ke bilik penginapan di UPM, Serdang serta masih gagal dihubungi oleh ahli keluarga.

Anbalagan berkata Mohd Irfan mempunyai ketinggian 171 sentimeter seberat 65 kilogram .

“Mohd Irfan berkulit cerah, kurus, rambutnya tebal dan lurus, memakai cermin mata dan tidak mempunyai sebarang parut atau tatu pada badannya,” katanya.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Mohd Irfan diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Kipli Rajak di talian 019-6177188 atau mana-mana balai polis berdekatan.

— BERNAMA

Sumber: Bernama

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.