Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Twitter

Imbau Nostalgia, Pelakon Power Rangers “Original” Buat “Reunion”, Bakal Ditayangkan Di Netflix

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Imbau Nostalgia, Pelakon Power Rangers “Original” Buat “Reunion”, Bakal Ditayangkan Di Netflix

Siri televisyen Mighty Morphin Power Rangers yang pernah mencetuskan fenomena sejak kali pertama bersiaran 30 tahun dahulu dilapor bakal muncul dengan episod baharu.

Beberapa pelakon asalnya difahamkan akan membuat kemunculan semula dan bergandingan dalam satu episod baharu bertajuk Mighty Morphin Power Rangers: Once and Always bersempena ulang tahun ke-30 siri berkenaan. Menurut IGN, episod berkenaan bakal ditayangkan di platform Netflix pada 19 April ini.

Menerusi Twitter David Yost, iaitu pelakon asal yang membawa watak Power Ranger Biru, beliau turut berkongsi beberapa keping foto penampilannya dalam episod baharu ini.

Manakala dalam laporan EW, selain Yost, Walter E. Jones (Power Rangers Hitam), Catherine Sutherland (Power Ranger Merah Jambu), Steve Cardenas (Power Rangers Merah Musim Kedua), Karan Ashley (Power Rangers Kuning Musim Kedua), dan Johnny Yong Bosch (Power Rangers Hitam Musim Kedua) turut tampil dalam episod kali ini.

EW turut berkongsi deskripsi mengenai rancangan istimewa tersebut dimana kesemua Power Rangers ini kembali bersemuka dengan ancaman yang mereka kenali dan pernah hadapi suatu ketika dahulu. Ketika dunia berdepan dengan krisis, khidmat mereka ditagih semula untuk menjadi penyelamat.

Diinspirasi dari mantra lagenda francais tersebut iaitu, ‘Sekali Rangers, Selamanya Rangers,’, episode Once & Always ini mengingatkan semua peminat bahawa jika anda pernah menjadi seorang Power Rangers, anda kekal menjadi sebahagian daripada keluarga Power Ranger buat selama-lamanya.

Untuk makluman, Mighty Morphin Power Rangers merupakan sebuah siri televisyen yang disiarkan sebanyak 145 episod, merangkumi tiga musim bermula dari 1993 sehingga 1995.

Penangan siri ini telah mencetuskan demam Power Ranger di seluruh dunia dan sekaligus beberapa siri sekuel dan filem turut diterbitkan. Musim ke-13 siri ini yang bertajuk ‘Power Rangers: Cosmic Fury‘ akan disiarkan di Netflix pada tahun ini.

Musim baharu ini juga bakal melakar sejarah sendiri apabila buat kali pertama watak Power Rangers Merah akan diserahkan kepada pelakon wanita yang akan digalas oleh Hunter Deno.

BACA: ‘Power Ranger Hijau’ Meninggal Dunia Pada Usia 49 Tahun

Sumber: IGN