Siakap Keli
Rempuh Kedai Serbaneka Guna Kereta
Gambar: The Korea Herald

Tak Dapat Beli Beg Plastik, Lelaki Nekad Rempuh Kedai Serbaneka Guna Kereta

Tak Dapat Beli Beg Plastik, Lelaki Nekad Rempuh Kedai Serbaneka Guna Kereta

Seorang lelaki nekad merempuh keretanya ke sebuah kedai serbaneka di Geoje, Korea Selatan selepas permintaannya untuk membeli beg plastik beberapa bulan sebelum itu ditolak oleh pemilik kedai, lapor polis pada Isnin.

The Korea Herald melaporkan, pemandu yang tidak didedahkan namanya itu ditahan polis di tempat kejadian kerana dituduh memusnahkan harta persendirian dan melakukan jenayah balas dendam.

Pada hari Sabtu sekitar jam 10.30 malam waktu tempatan, pemandu tersebut merempuh keretanya dan merosakkan beberapa barang di dalam kedai itu. Lelaki berkenaan meluru masuk ke dalam kedai dan bertindak menyerang pemilik kedai serbaneka tersebut.

Memetik The Korea Herald, pemandu tersebut dilaporkan berada di bawah pengaruh alkohol, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kemalangan itu.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Polis menyifatkan kejadian berkenaan sebagai jenayah balas dendam kerana pemandu itu sebelum ini dituduh mencederakan pemilik kedai secara fizikal pada akhir November tahun lalu.

Pada November 2022, lelaki tersebut telah meminta beg plastik ketika membeli aiskrim, tetapi pemilik kedai itu menolak permintaannya berikutan larangan pemberian plastik seperti yang diarahkan oleh Kementerian Alam Sekitar.

Selepas itu, lelaki itu berang kerana permintaan ditolak dan meludahi pemilik kedai berkenaan, lapor The Korea Herald.

Ekoran daripada itu, keluarga kepada pemilik kedai kemudiannya memfailkan aduan kepada polis dan menolak permintaan lelaki terbabit untuk menyelesaikan perkara tersebut secara tertutup.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut dan mencari pertuduhan tambahan terhadap tertuduh.

Larangan penggunaan beg plastik di Korea Selatan telah berkuat kuasa sejak 24 November di semua kedai untuk menangani penggunaan plastik yang semakin meningkat.

Sebaik sahaja peraturan itu dikuatkuasakan sepenuhnya, kedai serbaneka tidak akan dibenarkan untuk menggunakan beg plastik, malah peraturan yang sama juga akan digunakan untuk cawan plastik, penyedut minuman dan penutup plastik untuk payung.

Di bawah undang-undang Korea, jenayah balas dendam boleh dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya 10 tahun dan memusnahkan harta persendirian melalui ancaman pula boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga 10 juta won (RM34,790).

Sumber: The Korea Herald

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.