Siakap Keli
elon musk buang pekerja twitter
Gambar: AFP

Elon Musk Nafi Buang 80 Peratus Pekerja Twitter, Tinggal Hanya 1,300 Staf

Elon Musk Nafi Buang 80 Peratus Pekerja Twitter, Tinggal Hanya 1,300 Staf

Sejak di ambil alih oleh Elon Musk, bilangan pekerja di Twitter dilaporkan telah berkurang sehingga kira-kira 80 peratus, lapor CNBC.

Jumlah pekerja sepenuh masa di syarikat itu kini dilapor tinggal hanya kira-kira 1,300 orang termasuk daripada 550 daripadanya merupakan jurutera. Manakala kira-kira 75 orang daripada daripada 1,300 itu kini sedang bercuti termasuk 40 orang jurutera.

Rekod dalaman juga menunjukkan kira-kira 1,400 orang kakitangan tidak bekerja syarikat itu masih dibayar gaji, namun kemungkinan khidmat mereka tidak lagi diperlukan selepas ini. Ramai daripada mereka meletak jawatan selepas Musk dilapor telah menghantar email yang meminta mereka semua bekerja lebih keras termasuk kerja lebih masa.

Bagaimanapun, Musk dalam siri ciapannya menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan Twitter kini memiliki sekitar 2,300 pekerja aktif termasuk ribuan kontraktor. Usaha CNBC untuk mendapatkan respon Twitter tidak berhasil buat masa ini.

Di bawah pengurusan Musk, Twitter telah mengurangkan jumlah pekerja melalui pemberhentian beramai-ramai, penamatan beberapa kontrak dan perubahan ekstrem yang memaksa ramai kakitangan meletakkan jawatan.

Antara pembaharuan yang dibawa Musk termasuklah penamatan dasar bekerja dari rumah buat selama-lamanya, iaitu dasar yang diperkenalkan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Twitter sebelum ini, Jack Dorsey.

Sebelum diambil alih oleh Musk, Twitter menggaji kira-kira 7,500 kakitangan di seluruh dunia. Bagaimanapun, syarikat itu dikhabarkan memang dalam perancangan untuk mengurangkan pekerja, tidak kira sama ada pengambilalihan itu berlaku atau tidak.

Namun begitu, dasar pengurangan pekerja yang dilaksanakan oleh Musk selepas menguasai Twitter adalah diluar jangkaan banyak pihak apabila didakwa membuang hampir 80 peratus pekerja, seperti dilapor CNBC.

Salah seorang pekerja yang masih berkhidmat dengan syarikat itu berkata, pengurangan pekerja secara drastik yang dibuat Musk menyaksikan Twitter berdepan kesukaran untuk mengekalkan kebolehpercayaan perkhidmatannya dan melaksanakan pembaharuan yang dimahukan oleh pemilik baharu.

BACA: 30 Negara Bakal Bawa Aset Pertahanan ‘Gegar’ Laut & Udara Malaysia, LIMA 2023 Akan Tiba Mei Ini

Sumber: CNBC

Shafikah