Siakap Keli
polis terjatuh tingkat 4
Gambar: Awani

Anggota Polis Bakal ‘Raja Sehari’ Kritikal, Dijumpai Terjatuh Dari Tingkat 4

Anggota Polis Bakal ‘Raja Sehari’ Kritikal, Dijumpai Terjatuh Dari Tingkat 4

HASRAT seorang anggota polis untuk bergelar ‘raja sehari’ tidak kesampaian apabila dia dijumpai terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan dalam kejadian di Lumut, Perak awal pagi semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerima laporan mengenai insiden tersebut kira-kira 5.45 pagi hari kejadian.

“Siasatan awal mendapati, mangsa adalah seorang anggota polis berpangkat sarjan mejar dan bertugas dalam Kontinjen Pahang.

“Sewaktu kejadian, mangsa dalam tempoh bercuti dan akan melangsungkan perkahwinan pada 23 Januari 2023 (tarikh hari kejadian) di rumah keluarga mangsa di Ayer Tawar, Perak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, mangsa kini (setakat dilaporkan) berada dalam keadaan kritikal dan masih dalam rawatan di Hospital Seri Manjung.

“Motif kejadian masih belum diketahui dan dalam siasatan pihak polis,” tambahnya.

Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut diminta berhubung dengan pegawai penyiasat (IO) IPD Manjung, Insp. Ravinthiran a/l Nithiyanandan di talian 019-6508489 bagi membantu siasatan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan maklumat-maklumat yang tidak sah berkenaan dengan kejadian ini,” tambah kenyataan itu lagi.

Sumber: Kenyataan media Polis Perak

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'