Siakap Keli
Bandar Di Utara China Dilapor Catat Suhu Paling Rendah
Gambar: AFP

Cecah -53 Darjah Celcius, Bandar Di Utara China Dilapor Catat Suhu Paling Rendah

Cecah -53 Darjah Celcius, Bandar Di Utara China Dilapor Catat Suhu Paling Rendah

BEIJING — Sebuah bandar di utara China, Mohe dilaporkan merekodkan suhu terendah pada Ahad lalu, menjadikan ia suhu paling sejuk yang melanda bandar itu setakat ini,  lapor The Washington Post.

Jabatan Meteorologi tempatan telah mengesahkan perkara itu dengan suhu mencapai paras -53 darjah Celsius.

Kebiasaannya, suhu yang normal yang dicatatkan adalah sekitar 20 darjah Celsius pada hujung minggu.

Difahamkan, perubahan ekstrem suhu yang berlaku di kawasan tersebut akibat perubahan iklim sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tambahan lagi, negara itu turut merekodkan suhu panas melampau pada musim panas yang lalu.

Pakar Sejarah Iklim, Maximiliano Herrera dalam satu ciapan turut memaklumkan salah satu stesen pemerhati di Mohe menyampaikan maklumat suhu serendah -50.8 darjah Celsius di kawasan itu selama tiga malam berturut-turut.

Gambar: University of Maine Climate Re-analyzer

Sementara itu, Pakar Iklim, Jim Yang dalam satu ciapan berkata, sekurang-kurangnya terdapat 18 stesen melaporkan penurunan suhu dengan mendadak iaitu kepada -50 darjah Celsius atau lebih rendah di China pada pagi Ahad.

Pada keesokannya, suhu itu masih berada di tahap rendah namun sedikit membaik selepas mencatatkan rekod sekitar -40 darjah Celsius.

Kebanyakan lokasi mencatatkan suhu paling rendah setakat ini. Antara lokasi lain di China yang mencatatkan suhu pada paras terendah termasuklah Huzhong (-49.8 darjah Celsius) dan Tahe (-47.9 darjah Celsius) pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Pakar Meteorologi Perancis (Meteo France), Etienne Kapikian turut berkata pada minggu lalu, cuaca sejuk telah melanda Aldan, sebuah bandar yang terletak di timur Siberia dengan kepadatan penduduk melebihi 20,000 orang.

Suhu di kawasan itu mencatatkan penurunan sehingga -50 darjah Celsius melepasi rekod sebelum ini, -48.7 darjah Celsius.

Susulan itu, cuaca sejuk diramal bakal melanda timur China, Jepun, Semenanjung Korea dan bahagian timur Rusia pada Selasa dan Rabu.

Gambar: weatherbell.com

Bandar Mohe merupakan satu kawasan yang beriklim subartik dan terletak berhampiran Siberia, Rusia. Dianggarkan seramai 85,000 orang mendiami persekitaran sejuk itu.

Terdahulu, suhu terendah pernah direkodkan oleh China adalah pada -52.3 darjah Celsius pada tahun 1969.

Sumber: The Washington Post

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?