Siakap Keli
Frank Lampard Dipecat
Kredit: ESPN

Pengurus Everton, Frank Lampard Dipecat

Pengurus Everton, Frank Lampard dilapor telah dipecat selepas mencatatkan sembilan kekalahan dalam 12 perlawanan sehingga menyebabkan kelab itu kini berada dalam zon penyingkiran Liga Perdana (EPL), lapor ESPN.

Sebelum ini, Lampard, 44 tahun dilantik sebagai pengurus di Goodison Park pada 31 Januari tahun lalu ekoran daripada pemecatan pengurus sebelumnya, Rafa Benitez.

Akan tetapi, berikutan prestasi dan keputusan perlawanan Everton musim ini, IA meletakkan kelab itu berisiko untuk tersingkir daripada EPL buat kali pertama sekali gus membuatkan pengurusan memecatnya.

Dalam masa yang sama, Everton juga mengumumkan bahawa pembantu Joe Edward, Paul Clement, Ashley Cole dan Chris Jones juga telah meninggalkan kelab itu manakala Alan Kelly akan kekal sebagai jurulatih penjaga gol.

Selepas keputusan tersebut diumum, kelab tersebut dipercayai sedang mempertimbangkan bekas pengurus Wolver dan Tottenham, Nuno Espirito Santo yang kini sedang mengurus kelab Al Ittihad di Arab Saudi.

Malah, Everton juga dikatakan turut mempertimbangkan bekas jurulatih Leeds United, Marcelo Bielsa dan bekas pengurus Southampton, Ralph Hasenhutt.

Frank Lampord Dipecat
Kredit: Evening Standard

“Semua orang di Everton mengucapkan terima kasih kepada Frank dan kakitangan jurulatihnya atas perkhidmatan mereka selama 12 bulan yang penuh cabaran.

“Komitmen dan dedikasi Frank dan pasukannya telah menjadi teladan sepanjang mereka di kelab tetapi kedudukan liga pada masa kini membuatkan keputusan yang sukar ini perlu diambil.

“Kami berharap Frank dan semua pasukannya berjaya dalam perlawanan untuk masa depan,” maklum kenyataan itu.

Difahamkan, Everton mengalami kekalahan keenam dalam EPL iaitu tujuh perlawanan terakhir dengan kekalahan 0-2 di tangan West Ham United pada Sabtu lalu.

Difahamkan kedudukan terkininya dalam liga mencatatkan Everton berada pada kedudukan ke-19 dengan hanya mengumpul 15 mata.

Manakala, perlawanan seterusnya dijadualkan bertemu pendahulu liga, Arsenal pada 4 Februari sebelum bertandang ke Liverpool.

Sumber: ESPN


Florence Nuar