Siakap Keli

Lazada Sumbangkan Barangan Keperluan Asas Bernilai Lebih Daripada RM50,000 Kepada Keluarga Di Kelantan Yang Terjejas Akibat Banjir

Kuala Lumpur, 26 Januari 2023 – Lazada Malaysia menerusi inisiatif impak sosial Lazada Teman You telah menyumbangkan barangan keperluan asas seperti beras, makanan dalam tin, minyak masak, lampin pakai buang dan pelbagai keperluan lain yang bernilai lebih daripada RM50,000, sebagai sebahagian daripada usaha pasca-banjir demi membantu komuniti di Kelantan.

Sumbangan tersebut telah diagihkan kepada keluarga di daerah Pasir Puteh dan Bachok oleh YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, dengan diiringi oleh Rick Ting, Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pertumbuhan Pengguna dan Trafik, Lazada Malaysia.

“Banjir musim tengkujuh telah reda sedikit, namun impak banjir masih ketara. Inisiatif bantuan banjir Lazada Teman You adalah selaras dengan fokus ‘Empowering Communities’ (Memperkasakan Komuniti) – salah satu teras utama ESG Lazada. Inisiatif ini diharapkan dapat menyumbang ke arah usaha pemulihan pasca-banjir, khususnya bagi keluarga yang bertungkus lumus membina semula kehidupan mereka lantaran kehilangan dan kerosakan teruk harta benda,” kata Rick Ting.

Lazada Teman You merupakan kutipan derma amal yang digerakkan dengan kolaborasi bersama Bulan Sabit Merah Malaysia (responsMalaysia) demi mengumpul dana sebanyak RM100,000 yang akan disalurkan ke arah usaha membantu pengagihan barangan keperluan asas kepada komuniti di daerah yang dilanda banjir, khususnya di negeri Kelantan dan Johor. Lazada akan turut memadankan sumbangan tersebut dengan dana tambahan sebanyak RM100,000 bagi membantu para penerima sumbangan.

Orang ramai yang ingin membuat sumbangan amal secara selamat dan terjamin bagi membantu komuniti yang terjejas dengan banjir boleh menderma sehingga 31 Januari 2023, dengan mengikuti langkah tersebut:

  • Pergi ke aplikasi Lazada Malaysia
  • Taip ‘Lazada Teman You’ di ruangan carian di bahagian atas aplikasi tersebut
  • Pilih jumlah derma yang ingin disumbangkan, sama ada RM1, RM5, RM10, RM30, RM50 atau RM100
  • Klik ‘Beli Sekarang’ untuk menderma

Untuk maklumat lanjut mengenai usaha bantuan banjir Lazada Teman You, layari https://lzd.co/LazadaMYTemanYou.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa