Siakap Keli
Cuaca Sejuk Di Afghanistan
Kredit: AFP via The Sun Daily

Cuaca Sejuk: Angka Kematian Di Afghanistan Meningkat Kepada 166

Sekurang-kurangnya 166 maut dalam gelombang cuaca sejuk yang melanda Afghanistan sejak 10 Januari lalu, memetik laporan The Sun Daily.

Difahamkan, suhu di Afghanistan telah mencapai serendah -33 darjah Celcius (-27 darjah Fahrenheit) ditambah pula dengan ribut salji yang meluas sehingga menyebabkan gangguan elektrik kerap berlaku.

Susulan itu, agensi bantuan telah mengeluarkan amaran awal dengan menyatakan lebih separuh daripada penduduk iaitu seramai 38 juta orang telah menghadapi masalah kelaparan, manakala hampir empat juta kanak-kanak dihimpit konflik kekurangan zat makanan.

Justeru, Kementerian Pengurusan Bencana berkata pada Sabtu (semalam), angka kematian telah meningkat sebanyak 88 sepanjang minggu lalu dan kini berjumlah 166 berdasarkan data  daripada 24 wilayah negara itu.

Cuaca Sejuk Di Afghanistan
Kredit: AFP via The Sun Daily

Menurut pegawai kementerian, Abdul Rahman Zahid, kematian itu berpunca daripada banjir, kebakaran dan kebocoran daripada gas pemanas yang digunakan untuk memanaskan rumah mereka.

Manakala hampir 100 rumah musnah atau mengalami kerosakan dan sekitar 80,000 ternakan turut terjejas akibat cuaca sejuk yang melanda negara itu.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata bahawa minggu ini seramai 17 orang telah meninggal dunia di sebuah kampung di timur laut wilayah Badakhashan akibat wabak pernafasan akut.

“Cuaca buruk menghalang bantuan daripada sampai ke kawasan itu,” kata WHO.

Memetik The Sun Daily, Afghanistan telah mengalami musim sejuk kedua sehingga menyebabkan bantuan asing telah merosot secara mendadak.

Sumber: The Sun Daily

Florence Nuar