Siakap Keli
anak bawa ibu melancong luar negara
Kredit: Linkedin Dattatray Jadhav

Seumur Hidup Tak Pernah Melancong, Anak Misali Bawa Mak Dari India ‘Travel’ Singapura Tempat Dia Kerja

Seumur Hidup Tak Pernah Melancong, Anak Misali Bawa Mak Dari India ‘Travel’ Singapura Tempat Dia Kerja

Di sebalik anak yang berjaya dalam hidup, pasti ada ibu bapa yang bekerja keras mengutamakan keperluan dan kehendak mereka bagi memastikan segala impian yang diingini dapat dikecapi.

Apabila sudah meningkat dewasa, tibalah pula giliran si anak untuk membalas segala jasa, keringat dan pengorbanan yang pernah dicurahkan oleh ibu bapa mereka yang kini sudah pun meniti hari-hari tua.

Demikianlah kisah seorang lelaki warganegara India yang berjaya membuatkan ramai tersentuh hati apabila dia sudi membawa ibunya melancong ke Singapura setelah sekian lama wanita itu tidak keluar dari negaranya.

Ibunya yang tinggal di kampung tidak pernah meninggalkan rumah, membuatkan Dattatray Jadhav nekad untuk membawanya melancong ke luar negara iaitu di tempat dia merantau mencari rezeki.

Difahamkan itu merupakan kali pertama buat ibunya menaiki kapal terbang untuk perjalanan antarabangsa dan melihat pesawat itu dengan jarak dekat.

Dattatray berkongsi momen gembira itu di media sosial LinkedIn dengan satu catatan panjang yang menggambarkan perasaannya ketika membawa ibunya ke Singapura.

Dalam catatan itu, Dattatray tidak lupa untuk berkongsi gambar dia bersama ibunya yang pertama kali menjejakkan kaki di negara luar selain India.

“Semalam saya membawa ibu saya di Singapura untuk menunjukkan kepadanya sebahagian dunia yang indah ini dan hari ini saya telah memutuskan untuk membawanya di kawasan pejabat saya dan bandar.

“Sukar untuk menyatakan emosi dan kegembiraan yang dia rasai,” katanya dalam catatan di Linkedin.

Ujar Dattatray, ibunya telah menghabiskan seluruh hidupnya di kampung dan tidak pernah melihat kapal terbang dari sudut yang dekat.

Tambahnya, ibunya juga merupakan wanita pertama dalam generasinya dan kedua dalam kampungnya yang ‘diberikan rezeki’ mampu melancong ke luar negara.

Difahamkan, wanita pertama dari kampungnya yang melakukan penerbangan antarabangsa ialah isterinya, namun ia adalah detik yang berharga dan cukup istimewa buat dia dan keluarganya. 

“Satu perkara yang menyedihkan ialah saya berharap ayah saya ada untuk merasai pengalaman seperti ini.

“Saya sangat menggesa orang yang sedang melancong atau mengembara untuk menunjukkan bahagian dunia yang indah kepada ibu bapa. Percayalah, kebahagiaan mereka tidak dapat diukur,” tambahnya.

Kredit: Linkedin

Catatan Dattatray mendapat 324,981 tanda bagus, 26,620 tanda suka, 8,516 komen dan 702 siaran semula setakat dilaporkan.

Catatan itu tular dan pengguna di Linkedin turut berasa gembira dengan Dattatray.

Sumber: Dattatray Jadhav via India Today

BACA: “Bukan Ina Porengge Bang…” Lelaki Ini Ajar Cara Sebut ‘Pergi Mana’ Dalam Tamil Dengan Betul

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana