Siakap Keli
Covid Kekal Sebagai Wabak Kecemasan Antarabangsa - WHO
Gambar: Fabrice Coffrini/AFP

Masih Berada Di Fasa Peralihan, WHO Umum COVID-19 Kekal Sebagai Kecemasan Antarabangsa

Masih Berada Di Fasa Peralihan, WHO Umum COVID-19 Kekal Sebagai Kecemasan Antarabangsa

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini memaklumkan bahawa Covid-19 masih kekal sebagai wabak kecemasan antarabangsa selepas sejak kali pertama muncul pada tiga tahun lalu, lapor AFP.

Makluman itu dibuat selepas Jawatankuasa Kecemasan Agensi Kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan perjumpaan kali ke-14 pada Jumaat lalu berhubung wabak berkenaan.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan berkata, beliau bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh jawatankuasa tersebut berhubung isu pandemik Covid-19 yang masih berlarutan dan mengekalkan ia sebagai Kecemasan Awam Bagi Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC).

“Saya mengakui pandangan jawatankuasa itu bahawa pandemik Covid-19 masih berada pada fasa peralihan dan menghargai nasihat badan itu untuk menavigasi peralihan ini dengan berhati-hati dan mengurangkan sebarang kemungkinan negatif,” katanya.

Tambah Tedros, beliau telah mencadangkan fasa kecemasan terhadap wabak itu susulan menunjukkan peningkatan dan jumlah kes kematian serta memberi amaran bahawa tindak balas global terhadap krisis itu sebelum pertemuan diadakan.

“Memasuki tahun keempat pandemik, kita pastinya berada dalam tahap yang jauh lebih baik sekarang berbanding tahun lalu sewaktu gelombang Omicron yang mencatatkan lebih daripada 70,000 kematian oleh WHO setiap minggu,” jelasnya kepada jawatankuasa itu pada awal mesyuarat Jumaat lalu.

Walaupun kadar kematian telah menunjukkan penurunan di bawah 10,000 pada Oktober namun ia kembali meningkat sejak awal Disember susulan pembukaan semula sempadan di China yang menyumbang terhadap perkara itu.

Pada pertengahan Januari, jumlah kematian mencatatkan hampir 40,000 orang setiap minggu dan separuh kematian yang direkodkan adalah di China, maklumnya lagi.

Terdahulu, WHO pertama kali mengisytiharkan PHEIC  sejak penularan wabak itu pada 30 Januari 2020.

Pengisytiharan itu dipersetujui di peringkat global pada 11 Mac 2020 selepas keadaan semasa waktu itu semakin bertambah buruk sehingga menimbulkan kesedaran kebanyakan negara terhadap bahaya Covid-19.

Sumber: AFP

BACA: “Nampak Pokok Buluh Macam Pintu Gerbang..,” Kisah 8 Orang Jadi Tahanan Di Bukit Luruh, Terpaksa Bergadai Nyawa Untuk Hidup

BACA JUGA: Angka Kematian Dalam Tragedi Rempuhan Di Itaewon Cecah 154 Termasuk 26 Warga Asing

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.