Siakap Keli

“Nampak Pokok Buluh Macam Pintu Gerbang..,” Kisah 8 Orang Jadi Tahanan Di Bukit Luruh, Terpaksa Bergadai Nyawa Untuk Hidup

“Nampak Pokok Buluh Macam Pintu Gerbang..,” Kisah 8 Orang Jadi Tahanan Di Bukit Luruh, Terpaksa Bergadai Nyawa Untuk Hidup

Hidup dalam masyarakat yang penuh dengan adat resam, pastinya setiap dari kita pernah mendengar mengenai pelbagai pantang larang dari orang terdahulu. Tidak terkecuali pantang larang ketika berada di hutan, malahan mungkin ada daripadanya yang tak tercapai dek akal.

Salah satu pantang larang yang terkenal ialah jangan lalu di bawah pokok buluh yang melentur seperti pintu gerbang.

Malangnya, ada sesetengah orang yang bila makin dilarang, makin dia akan buat sesuatu perkara itu.

Sama dengan kisah lapan orang ini yang berdepan saat yang tak pernah mereka bayangkan apabila terkandas dalam dimensi lain. Puncanya? Ya, mereka dipercayai telah memasuki gerbang berkenaan ketika melalui Bukit Luruh.

Lebih menyeramkan, kawasan tersebut sebenarnya dikenali sebagai kawasan orang hilang yang didiami oleh seorang nenek. Untuk pengetahuan, mereka yang terperangkap di kawasan tersebut terpaksa melakukan beberapa cabaran untuk keluar dari situ.

Itulah harga yang perlu ‘dibayar’ oleh mereka kerana telah melanggar pantang larang tersebut.

Mahu tidak mahu, mereka perlu menghadapi kesemua cabaran demi meneruskan hidup. Namun, apabila nyawa berada di hujung tanduk, pastinya keinginan mereka untuk hidup telah membongkarkan sisi gelap masing-masing.

Bakal menghantui 9 Feb ini

Kisah ini pasti akan menghantui penduduk di Malaysia dan luar negara kerana akan ditayangkan melalui platform penstriman Viu bermula 9 Februari nanti.

Pastinya berbeza dari yang lain, kisah bergenre fantasi seram ini mengandungi unsur mistik terutamanya ketika dalam kecemasan.

Menariknya, series Viu Original yang diarahkan oleh Datuk Yusry Abd Halim ini dibintangi oleh beberapa pelakon terkenal iaitu Hun Haqeem, Sara Ali, Syafie Naswip, Meerqeen, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Fimie Don, Sara Mack Lubis, Rykarl Iskandar, Sherie Merlis dan Sofia Jane.

Tapi sebelum terlupa, series ini bertajuk Nenek Bongkok Tiga yang boleh diakses melalui Viu. Siapa je yang tidak tahu kisah nenek bongkok tiga kan?

Pun begitu, series kali akan membawa korang menyelami padah akibat menceroboh tempat orang sesuka hati.

Jangan lupa, series ini akan mula ditayangkan pada 9 Februari nanti pada setiap hari Khamis dan hanya di Viu saja.

Korang bukan saja boleh layan series ni, banyak lagi series lain yang menarik seperti Hilang, Brain Works, Poong dan The Joseon Psychiatrist 2 yang korang boleh tengok di Viu.

Untuk maklumat lanjut layari Facebook dan laman web Viu.

Sofea

There's always another side to every story