Siakap Keli
misteri busut di kg seri daik

“Orang Kampung Kata…Mungkin Tak Kembali,” Misteri Busut Di Kg. Seri Daik, Penduduk Dilarang Dekat

“Orang Kampung Kata…Mungkin Tak Kembali,” Misteri Busut Di Kg. Seri Daik, Penduduk Dilarang Dekat

Bila sebut saja pasal kampung, mesti akan terus terbayang suasana tenang dan hening yang sememangnya tidak akan dapat dirasai di ibu kota. Setiap kampung juga ada pelbagai kisah yang tersendiri dan kadang kala ia bukanlah kisah yang enak untuk didengari.

Misalnya, pernah tak korang masuk satu kampung yang sunyi sepi bagaikan tiada penghuni? Tiada riuh rendah, gelak tawa dan kelibat manusia sehingga membuatkan kita merasa seperti berada di ‘alam’ lain.

Kalau tahu macam tu, nak lalu pun seram sebab kalau jadi apa-apa, tiada siapa nak tolong. Malah, lagi seram kalau ada gangguan mistik yang kita tak pernah sangka.

Jangan pula korang tidak tahu bahawa kawasan sebegitu sememangnya wujud iaitu di sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Seri Daik.

Kalau korang nak tahu, kampung ni dulunya indah dan ceria tapi sejak kebelakangan ni jadi sunyi, tengok sekali macam sarang hantu bertandang pun ada.

Apa tidaknya, kawasannya sunyi bagai tiada penghuni. Kalau penghuni wujud pun, mereka tidak sedar bahawa ada perkara tidak baik sedang berlaku di kampung terbabit.

Banyaklah kisah orang kampung ini dari dulu, antaranya ialah Sungai di Kampung Seri Daik pernah dipenuhi dengan warna darah selama tiga hari berturut-turut tanpa sesiapa tahu dari mana datangnya.

Lebih menakutkan, busut yang terletak di dalam hutan Seri Daik sudah menjadi kawasan larangan bagi penduduk, sesiapa yang mendatanginya dikatakan mungkin tak akan kembali.

Malah, jambatan gantung di Kampung Seri Daik pernah roboh selepas ribut melanda tiba-tiba sedangkan tidak pernah berlaku ribut atau hujan lebat sebelum itu dan sebenarnya ada banyak lagi benda yang tidak menyenangkan berlaku di kampung ini.

Kalau nak tahu lagi tentang apa yang berlaku di kampung ni, korang tengoklah sendiri di Facebook Kampung Seri Daik. Bukan apa, min nak cerita lagi panjang pun rasa seram sejuk je ni.



Sofea

There's always another side to every story