Siakap Keli
hakim ziyech kekal di chelsea
Kredit: AFP

Ada Kesilapan Dokumentasi, Hakim Ziyech Kekal Di Chelsea

Bintang Chelsea, Hakim Ziyech dilaporkan akan kekal di Chelsea selepas berlaku kesilapan dokumen semasa proses perpindahan secara pinjaman ke pasukan bola sepak Paris Saint-Germain (PSG).

Memetik laporan Football London, sebelum tarikh akhir perpindahan pinjaman, Ziyech disahkan bakal beraksi di PSG untuk musim terakhirnya yang berbaki enam bulan, namun perjanjian itu kini diragui.

Wartawan Perancis Bruno Salomon melaporkan bahawa The Blues telah menghantar dokumentasi yang salah pada tiga pertemuan berasingan, membuatkan Ziyech dan PSG tidak akan disatukan.

“Pada asasnya, Chelsea hanya memikirkan pembelian Enzo Fernandez dan menumpukan perhatian serta tidak prihatin terhadap perjanjian dengan PSG atau Ziyech,” memetik ciapan Salomon di Twitter.

Difahamkan, The Blues berjaya mencapai persetujuan dengan Benfica untuk perjanjian melebihi RM486,000 menjadikan Enzo Fernandez sebagai pemain di pasukan itu.

Dalam pada itu, PSG juga akan mengemukakan rayuan kepada Badan Induk Perancis (LFP) sebagai usaha untuk menyelesaikan mengenai perpindahan itu, tetapi jika diperlihatkan, Ziyech kemungkinan akan kekal di Chelsea.

Sebelum ini, pemain berusia 29 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan dari Stamford Bridge pada Januari dan ahli perniagaan Todd Bohley turut mengambil serius mengenai perkara itu dan akan memenuhi hasrat pemain sayap Chelsea untuk meninggalkan kelab itu.

Pemain Morocco itu dilihat tidak tenang berada di barat London untuk seketika kerana gagal mencapai tahap prestasi yang dicapai di Ajax sebelum perpindahannya di Chelsea pada 2020.

Selepas kejayaan yang ditonjolkan dalam Piala Dunia FIFA 2022, Ziyech mendapat perhatian daripada beberapa pihak termasuk AC Milan, Roma, Newcastle dan Everton.

Ziyach bagaimanapun memilih untuk berpindah ke kelab terbesar Perancis walaupun secara pinjaman (pada ketika itu).

Ziyech mahu meninggalkan kelab itu pada musim panas dengan pasukan AC Milan yang dikaitkan, namun tiada sebarang perpindahan yang menjadi kenyataan.

Selepas mempamerkan aksi yang mengagumkan di Piala Dunia bersama Morocco, terdapat keyakinan bahawa Ziyech boleh mengembalikan prestasinya dalam bola sepak domestik.

Bagaimanapun, Ziyech bergelut untuk mengekalkan konsistensi di bawah Graham Potter dan hanya mendapati prestasinya merundum lebih jauh dengan ketibaan Mykhailo Mudryk dan Noni Madueke.

Sumber: Football London

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana