Siakap Keli
Kredit: AFP

Jutaan Penunjuk Perasaan Berkumpul Di Sekitar Perancis, Protes Rancangan Kerajaan Naikkan Usia Persaraan

Jutaan Penunjuk Perasaan Berkumpul Di Sekitar Perancis, Protes Rancangan Kerajaan Naikkan Usia Persaraan

Penunjuk perasan di Perancis dilaporkan telah melancarkan satu lagi siri mogok pada hari ini untuk memberikan tekanan kepada Presiden Emmanuel Macron untuk membatalkan rancangan reformasi persaraan di negara tersebut.

Difahamkan, para penunjuk perasaan yang diketuai kesatuan pekerja telah turun beramai-ramai dalam satu sesi tunjuk perasaan kali kedua, kurang dua minggu dari sesi tunjuk perasaan pertama pada 19 Januari.

Kira-kira sejuta penduduk dilaporkan turun ke jalanan di sekitar bandar Perancis untuk mengadakan mogok tersebut.

Mereka dilaporkan menentang rancangan kerajaan yang ingin menaikkan usia persaraan dari 62 tahun kepada 64 tahun, sumber polis memberitahu AFP.

Kira-kira seramai 11,000 anggota polis telah digerakkan di seluruh negara, dengan 4,000 anggota berada di Paris.

Difahamkan, Perancis merupakan negara yang menawarkan usia persaraan paling rendah dalam kalangan kuasa besar ekonomi di Eropah.

Protes pada 19 Januari merupakan protes terbesar dalam sejarah Perancis

Pada 19 Januari lalu, terdapat 1.1 juta pekerja di Perancis telah menyuaran bantahan ke atas rancangan kerajaan tersebut dan ia merupakan sesi tunjuk perasaan terbesar sejak reformasi persaraan pada 2010.

Jutaan penduduk terpaksa mencari alternatif bagi pengangkutan mereka untuk ke tempat kerja seperti berkerja di rumah atau mengambil cuti untuk mengawasi anak-anak.

Hal ini disebabkan, pekerja-pekerja dalam sektor pendidikan dan pengangkutan turut menyertai sesi tunjuk perasaan tersebut.

“Ini lebih daripada isu persaraan, ini apa yang masyarakat kita mahukan,” kata profesor universiti, Martine Beugnetn (59) kepada AFP.

Wanita tersebut berkata bahawa dirinya akan mengambil bahagian dalam sesi tunjuk perasaan pada Selasa.

Bagi sektor pengangkutan awam pula, kebanyakan perhidmatan kereta api bawah tanah dan pinggir bandar telah dihadkan, kata operator pengangkutan awam di ibu kota negara tersebut, Régie Autonome des Transports Parisiens (RATP).

Selain itu, perjalanan antara bandar turut terjejas dengan hanya sebuah daripada tiga buah kereta api berkelajuan tinggi yang  beroperasi, ramal Société Nationale des Chemins de fer Français (SNCF).

Kerajaan Perancis enggan memansuhkan pelan reformasi persaraan

Terdahulu, kerajaan Perancis memaklumkan bahawa mereka tidak akan berganjak daripada rancangannnya untuk meningkatkan usia persaraan kepada 64 tahun semalam, walaupun selepas sesi tunjuk perasaan pertama pada 19 Januari lalu.

Setakat ini, pekerja-pekerja di Perancis mula dibenarkan untuk mengambil wang persaraan mereka pada usia 62 tahun.

Namun, kerajaan di bawah pentadbiran Emmanuel Macro ingin menaikkan usia persaraan tersebut kepada 64 tahun menjelang 2030.

Perdana Menteri, Elizabeth Borne menegaskan bahawa sebarang penangguhan perubahan (usia persaraan) disifatkan sebagai tidak boleh dirunding lagi.

BACA: Perhilitan Sahkan Kelibat Harimau Di Dua Lokasi Di Chemor

Sumber: AFP via Euronews

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma