Siakap Keli
tinggal bayi enggan beli tiket
Metro UK via Mako

Tergamak Tinggal Bayi Di “Airport”, Kerana Enggan Beli Tiket Asing

Tergamak Tinggal Bayi Di “Airport”, Kerana Enggan Beli Tiket Asing

Sepasang suami isteri tergamak meninggalkan bayi sendiri di belakang kaunter daftar di sebuah lapangan terbang gara-gara enggan membeli tiket berasingan untuk anak mereka, di Israel baru-baru ini.

Menurut laporan The Mirror, kejadian berkenaan berlaku ketika mereka sedang berurusan untuk menaiki penerbangan Ryan Air. Ketika itu, staf di kaunter meminta mereka menjelaskan bayaran tiket untuk bayi mereka.

Situasi tegang mula timbul apabila pasangan warga Belgium itu dilapor tidak mahu menjelaskan bayaran tersebut. Menurut Ryanair, bagi penumpang yang terbang bersama anak, mereka perlu membayar sama ada RM132 untuk duduk di atas riba atau membeli kerusi berasingan. Bagi kerusi berasingan, akan dikenakan tambang penumpang dewasa.

Enggan beli tiket asing, pasangan berkenaan bagaimanapun nekad tinggal bayi mereka di belakang kaunter dan bergegas ke bahagian pemeriksaan passport.

Bayi tersebut telah ditemui oleh kakitangan di lapangan terbang

Tidak lama kemudian, kakitangan lapangan terbang menyedari keberadaan bayi itu dan melaporkannya kepada polis. Pihak polis kemudian berjaya mengesan pasangan itu dan menahan mereka untuk tujuan siasatan.

Dalam video kejadian itu yang viral, bayi berkenaan dirakam ditinggalkan di dalam sebuah kereta sorong bayi sambil ditutup dengan selimut merah.

Staf-staf di yang berada di kawasan tersebut juga dilihat terkejut dengan penemuan bayi tersebut.

”Semua pekerja sangat terkejut. Kami tidak pernah melihat kejadian ini berlaku sepanjang kami bertugas disini. Ia sangat sukar untuk dipercayai,” kata salah seorang staf di lapangan terbang berkenaan.

Selain itu, seorang pengawai penerbangan turut mendedahkan pasangan tersebut kelihatan sangat bimbang ketika menjalani proses pemeriksaan keselamatan.

“Mereka tiba lewat, selepas kaunter daftar masuk sudahpun ditutup. Bayi itu ditinggal dan mereka bergegas ke pintu pemeriksaan keselamatan kerana mahu segera menaiki pesawat,” katanya.

Difahamkan, pasangan itu telah dibawa ke kaunter dan mengambil semula bayi mereka. Perkara berkenaan juga kini dalam siasatan pihak berkuasa.

BACA: Petaling Street Masuk Senarai “The Notorius Market List” Amerika, Didakwa Lokasi Jual Barang Tiruan & Cetak Rompak

Sumber: Metro.Uk

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma