Siakap Keli
Kredit: Bernama

Tiada Perubahan Harga Runcit Minyak Masak Tulen Kemasan Botol

PUTRAJAYA, 2 FEBRUARI 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam  Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ingin memaklumkan bahawa, susulan  daripada pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai komitmen kerajaan  untuk membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani  isu kenaikan harga, pelbagai usaha dilaksanakan bagi mengelakkan kesan  kepada pengguna. 

  1. Antara usaha tersebut termasuklah peranan Kerajaan menerusi KPDN  yang menetapkan Harga Runcit Maksimum minyak masak sawit tulen  kemasan botol di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan  (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2023. Secara  umumnya, terdapat sedikit kenaikan harga minyak sawit mentah untuk bulan  Januari berbanding bulan sebelumnya. Walau bagaimanapun, berdasarkan  rundingan diadakan sebelum ini, Kerajaan dan industri bersetuju untuk  mengekalkan harga minyak masak tulen kemasan botol untuk tempoh  mulai 8 Februari 2023 hingga 7 Mac 2023
  2. Berikut adalah Harga Runcit Maksimum bagi barangan harga  terkawal minyak masak sawit tulen dalam botol seperti jadual tersebut : Harga Runcit Maksimum Bagi Minyak Masak (Botol)
Barangan  Kuantiti (Kilogram)  Harga Runcit (RM)
Minyak Masak 1 kg  6.90
2 kg  13.30
3 kg  19.60
5 kg  30.90
  1. Mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksima boleh  diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011  dan boleh dikenakan penalti seperti berikut: 

(a) Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000  atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan; (b) Syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000. 

  1. Akhir sekali, KPDN turut menggalakkan pengguna menjadi mata dan  telinga kepada Kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan  pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDN termasuk harga  runcit minyak masak sawit tulen di pasaran secara rasmi melalui saluran  berikut: 
  1. Whatsapp ke 019- 279 4317 / 019-848 8000 
  2. Portal eaduan.kpdn.gov.my
  3.  Pusat Panggilan 1-800-886-800
  4. Emel [email protected]  
  5. Ez ADU KPDN 
  6. Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa