Meerqeen & Anna Jobling Antara Selebriti Malaysia Tersenarai 100 Wajah Paling Kacak Dan Cantik 2022
Dua pelakon Malaysia, Meerqeen dan Anna Jobling tersenarai dalam 100 Wajah Paling Kacak dan Cantik 2022.
Menurut senarai 100 nama yang dikeluarkan oleh TC Candler, kedua-dua pelakon ini merupakan calon tunggal dari Malaysia.
Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam telah menduduki tempat ke-55 dalam senarai 100 Wajah Paling Kacak.
View this post on Instagram
Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Pemuda berusia 21 tahun dan berasal dari Ampang itu mula mendapat populariti selepas membintangi drama bersiri, Angkara Cinta yang turut dibintangi oleh pelakon seperti Wanna Ali dan Hun Haqeem.
Dia juga pernah bergandingan bersama Janna Nick dalam drama adaptasi novel Suri Ryana bertajuk Marry Me Senorita.
Sementara itu, Anna Jobling pula menduduki tempat ke-84 dalam senarai 100 Wajah Paling Cantik.
View this post on Instagram
Pelakon baru yang berusia 22 tahun ini memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2020 dalam filem Netflix Malaysia arahan Alan Teh, All Because of You sebagai watak sokongan.

Sebelum ini, gandingan Meerqeen dan Anna dalam drama bersiri popular, Melur Untuk Firdaus telah mendapat perhatian ramai.
Nama mereka juga telah menjadi sebutan di beberapa negara seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.
Menurut syarikat analisis Nielsen, drama Melur Untuk Firdaus berjaya mencatatkan 823 juta tontonan dalam semua platform media sosial dari bulan Mei hingga Julai 2022.
Senarai selebriti dalam 100 Wajah Paling Kacak Dan Cantik 2022
Dalam pada itu, pelakon Britain, Henry Cavill, yang terkenal dengan watak Superman, mendahului senarai 100 Wajah Paling Kacak.
Turut diikuti oleh penyanyi Korea Selatan dari kumpulan Stray Kids, Hwang Hyunjin di tempat kedua dan pelakon Amerika Syarikat (AS), Timothee Chalamet di tempat yang ketiga.
Antara nama selebriti terkenal lain yang tersenarai ialah Taehyung atau V dari Kumpulan BTS di tempat ketujuh, penyanyi Kanada, Shawn Mendes di tempat ke-40 serta pelakon Britain, Tom Holland di tempat ke-49.
Bagi senarai 100 Wajah Paling Cantik pula, model Amerika, Jasmine Tooks telah dipilih menduduki di tempat pertama.
Penyanyi dari kumpulan Momoland, Nancy Jewel McDonie, berada di tempat kedua dan diikuti oleh Lisa Blackpink di tempat ketiga.
Selain itu, nama-nama selebriti wanita yang turut tersenarai ialah pelakon filem Wonder Woman, Gal Gadot yang menduduki tempat ke-12, Jisoo Blackpink di tempat ke-13 dan pelakon Black Panther, Lupita Nyong’o di tempat ke-58.
Senarai 100 Wajah Paling Cantik dicipta oleh pengkritik filem profesional TC Candler dan pengkritik bebas pada tahun 1990.
Manakala senarai 100 Wajah Paling Kacak pula dicipta pada tahun 2013.
Sumber: TC Candler