Siakap Keli
cucu ajar nenek guna smart tv
Kredit: TikTok

Cucu Mithali Ajar Nenek Guna Smart TV Macam Dekat Sekolah

Cucu Mithali Ajar Nenek Guna Smart TV Macam Dekat Sekolah

Di era serba serbi maju dan digital ini, kita sering melihat perubahan gaya hidup manusia menerusi kehadiran pelbagai peranti-peranti terkini.

Sebagai contoh, komputer yang dahulunya agak sukar digunakan di awal penciptaannya, kini dapat digunakan dengan sangat mudah.

Bagi mereka yang pernah menggunakan komputer lama, sedia maklum nak membuka Windows dan mengakses internet pun memakan masa yang lama.

Itu belum kita ambil kira teknologi memindahkan fail seperti infra red dan sebagainya yang memerlukan penggunanya memiliki tahap kesabaran yang tinggi.

Ternyata jelas bahawa tekonologi sentiasa berubah-ubah berdasarkan keperluaannya dan menjadi lebih mesra pengguna dari masa ke masa. Namun, ada juga beberapa kes dimana teknologi hari ini sebenarnya lebih ‘renyah’ dan menyukarkan pengguna.

Sebagai contoh, penggunaan telefon pintar hari ini mungkin kelihatan agak sukar bagi golongan yang sudah berusia. Jika dahulu, mereka menggunakan papan kekunci dail atau berbutang, hari ini semua telefon bimbit menggunakan skrin sentuh sebagai pengganti.

Malah, cuba mengenali ikon aplikasi tertentu pada telefon atau televisyen pintar juga bukan perkara yang mudah untuk generasi yang lahir sezaman dengan datuk dan nenek kita.

Mungkin, kemahiran kognitif yang dimiliki mereka semakin berkurangan, seiring bertambahnya usia. Oleh itu, mempelajari perkara baharu menjadi lebih sukar, lagi-lagi jika si pengajar terlalu “advanced”.

Manalah tidak terkebil-kebil ‘anak murid’ tadi, kan?  Ada juga yang mengalah dengan begitu mudah ketika mengajar ibu bapa mereka untuk menggunakan peranti baharu.

Namun, seorang pemuda di Amerika Syarikat didapati menggunakan pendekatan yang unik ketika mengajar neneknya.

Dalam sebuah video di TikTok, lelaki yang dikenali sebagai Will Donayre Hart, menujukkan dirinya sebagai cucu cuba ajar si nenek untuk menggunakan Smart TV.

Untuk makluman, televisyen pintar atau Smart TV ini lebih kompleks berbanding televisyen biasa kerana ia turut menampilkan pilihan untuk servis penstriman atas talian seperti Netflix, Disney+ dan sebagainya.

Nenek belajar untuk gunakan Smart TV dengan pendekatan yang unik

Sebelum mengajar nenekya untuk menggunakan televisyen tersebut, Will mengajarnya untuk mengenali aplikasi-aplikasi yang terdapat pada peranti tersebut terlebih dahulu.

Seperti mengajar ABC sewaktu tadika, pemuda itu meminta neneknya menyebut nama aplikasi yang berada dalam televisyen tersebut mengikut telunjuknya.

Selepas berkenalan dengan semua aplikasi, Will menerangkan konsep ‘petak-petak’ yang terdapat pada antara muka televisyen tersebut.

“Setiap petak yang ada di sini (antara muka), mewakili setiap aplikasi yang terdapat dalam televisyen ini,

“Semua aplikasi (sambil menunjukkan ‘petak-petak’ tadi) ini tidak memiliki kaitan antara satu sama lain,” jelasnya.

Melihat reaksi neneknya yang kelihatan memahami penerangan tadi, Chris memberikannya ‘latihan dalam kelas’ untuk menguji kefahaman neneknya.

‘Latihan dalam kelas’ tersebut adalah untuk melihat kemampuan neneknya mencari aplikasi Netflix dan membukanya.

Neneknya melakukan latihan tersebut dengan menekan alat kawalan jauh untuk mencari ‘petak’ Netflix.

Selepas menjumpai ‘petak’ Netflix, cucunya meminta wanita tersebut menekan ‘petak’ itu dan dia berjaya membuka aplikasi tersebut.

@willdonayrehart

Hung Grandmas ❤️New 75in TCL Smart Tv , Got Comcast internet Installed & Teaching Her How To Use Netflix.

♬ original sound – Will Donayre Hart

Selain dari pendekatan yang sistematik, Will Donayre Hart turut menggunakan lenggok bahasa yang jelas dan menerangkannya  secara satu persatu.

Dia turut menjelaskan dengan menggunakan istilah yang mudah dan ringkas serta menggunakan analogi seperti ‘petak-petak’ yang dapat membantu neneknya memahami dengan mudah.

Berkemungkinan, inilah punca bagaimana neneknya dapat ‘menangkap’ pelajaran tersebut dengan mudah dah berkesan.

BACA: Syor Sesi Persekolahan Bermula 8 Pagi Bukan Keutamaan KPM Ketika Ini – Fadhlina

Sumber:  Will Donayre Hart via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma