Siakap Keli
iPhone generasi pertama
Kredit AFP

iPhone Generasi Pertama Belum Pernah Guna Bakal Dilelong, Harga Diramal Cecah RM200,000

iPhone Generasi Pertama Belum Pernah Guna Bakal Dilelong, Harga Diramal Cecah RM200,000

iPhone generasi pertama yang kotaknya masih belum dibuka dari tahun 2007 dibuka untuk dijual pada acara lelongan dengan anggaran harga USD 50,000 (RM212,900), The Guardian.

Telefon yang mempunyai kamera 2 megapiksel dan storan 8GB itu diberikan kepada Karen Green sebagai hadiah apabila dia mendapat pekerjaan baharu, lapor Business Insider.

Daripada membuka iPhone tersebut, Green akhirnya hanya meletakkannya di atas rak. Ia kekal di sana, dibalut dengan sepasang baju tidur selama bertahun-tahun.

Pada bulan Oktober, Green mendengar bahawa iPhone generasi pertama dari tahun 2007 telah dijual pada harga USD 39,339.60 (RM 167,508.02).

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Artis tatu kosmetik itu kemudiannya menghubungi LCG Auctions, sebuah rumah lelong yang mengendalikan penjualan itu.

Wakil LCG Auction berkata bahawa mereka telah menerima pelbagai panggilan daripada orang ramai berkenaan iPhone lama yang mereka miliki.

“Kami mendapat panggilan daripada ramai orang, tetapi 99% daripadanya tidak memiliki telefon yang sama,” kata pengasas LCG Auctions, Mark Montero.

“Tetapi Karen mempunyai telefon yang sangat unik dan mempunyai cerita yang hebat disebaliknya. Ia mengejutkan kerana kami telah mendapat banyak peranti yang sudah tidak berfungsi.” kata Mark lagi.

Lelongan LCG meletakkan anggaran harga USD 50,000 dan ke atas bagi telefon tersebut. Lelongan dibuka pada hari Khamis dan akan berakhir pada 19 Februari.

iPhone generasi pertama tersedia dengan memori storan 4GB dan 8GB masing-masing pada harga USD 499 (RM2,124) dan USD 599 (RM2,550).

Dalam dekad selepas pelancarannya, Apple telah menjual sebanyak 1.2 bilion iPhone dan menguasai pasaran jualan telefon pintar.

Pada 2019, Karen muncul di rancangan TV Doctor & the Diva, di mana penilai barangan antik, Lori Verderame menilai iPhone miliknya pada harga USD 5,000 (RM21,290).

Harga peranti tersebut telah meningkat sejak itu dan Karen berkata dia memutuskan untuk menjual iPhone berkenaan untuk membiayai studio tatu kosmetiknya yang masih baru di New Jersey.

“Jika saya boleh menyimpannya selama 10 tahun lagi saya akan melakukannya. Tetapi kini saya menjualnya kerana saya perlu wang tambahan untuk membantu perniagaan saya ini,” jelas Karen.

Sumber: The Guardian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka