Siakap Keli
lagak a mahmud meninggal dunia
Kredit: FB Rakan Sejarah Dungun dan Ibrahim Ujang Anon

Pelukis ‘Lagak A. Mahmud’ Meninggal Dunia

Pelukis kartun tanah air yang terkenal dengan ‘Lagak A Mahmud’, iaitu Fatah Ngah dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi.

Perkara tersebut dikongsikan oleh rakannya kartunis Ibrahim Anon di laman Facebook miliknya hari ini.

“Innalillahiwainnailaihirrojiun, pelukis Lagak A. Mamud, kartunis Fatah Ngah telah kembali ke rahmatullah jam 1.45 pagi tadi.

“Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang diredhai. Amin,” memetik hantaran di Facebook.

Memetik Facebook Rakan Sejarah Dungun, Allahyarham atau nama sebenarnya Abdul Fatah Ngah pernah menjadi ilustrator komik Medan Pelajar dan Bambino dengan penerbitan majalah Gila-gila.

Allayarham mula berkarya sejak tahun 1978 dan bergiat aftif menyertai pameran kartun sejak tahun 1980.

Beliau berjaya melakar nama dalam arena karun di Malaysia dan merupakan kartunis generasi pertama yang membangkitkan komik pada akhir 70-an.

Pada masa itu juga, Majalah Gila-Fila telah diperkenalkan pada rakyat Malaysia.

Kredit: FB Ibrahim Ujang Anon

Antara karya popular miliknya yang terkandung dalam Majalah Gila-Gila ialah ‘Lagak A. Mahmud’ dan dilaporkan pernah memenangi Anugerah Kartunis Malaysia 2015 yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Putrajaya.

Mempunyai minat mendalam dalam dunia seni

Dalam pada itu, bakat Allahyarham bukan sahaja terserlah pada lukisan dan kartun, beliau juga mempunyai minta yang mnedalam kepada seni muzik.

Difahamkan, beliau sangat mahir dalam menggesek biola hingga adiknya Abdul Manan Ngah juga meminati muzik kerana dirinya.

Serba sedikit mengenai Fatah, beluau dibesarkan oleh pasangan guru yang amat meminati karya seni. Adik-beradiknya yang lain iaitu Abdul Jalil Ngah dan Manan turut bergiat aktif dalam arena seni.

Jalil merupakan seorang Art Director, manakala Manan pula terlibat dalam dunia muzik dan menjadi seorang penggubah lagu terkenal tanah air.

Pada 2017, media melaporkan beliau menderita sakit saraf sejak belasan tahun dan menerima rawatan di sekitar Terengganu mahupun di Kuala Lumpur.

Oleh itu, beliau terpaksa menggunakan kerusi roda kerana penyakitnya dan menetap bersama ibunya di Kampung Alor Tembesu di Dungun.

Sumber: Ibrahim Ujang Anon via Facebook

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana