Siakap Keli
Anak 6 Tahun "Order" Makanan
Kredit Sopa Images

Bapa ‘Tepuk Dahi’, Dapat Tahu Anak 6 Tahun “Order” Makanan “Online” Bernilai RM4,000

Bapa ‘Tepuk Dahi’, Dapat Tahu Anak 6 Tahun “Order” Makanan “Online” Bernilai RM4,000

Seorang lelaki Michigan berkata dia terpaksa membayar bil bernilai RM 4,000 selepas anaknya yang berusia enam tahun memesan makanan secara atas talian di beberapa restoran pada hujung minggu lalu, lapor The Guardian.

Lelaki bernama Keith Stonehouse berkata, makanan itu telah sampai di rumahnya yang terletak di Detroit pada malam Sabtu minggu lalu.

Perkara itu didakwa berlaku selepas dia membenarkan anaknya, Mason menggunakan telefon bimbitnya untuk bermain “game” sebelum tidur.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Namun begitu, anak kecilnya itu akhirnya menggunakan akaun Grubhub miliknya untuk memesan makanan dari beberapa buah restoran yang berasingan.

“Dia kemudiannya memberi tip 25% pada setiap pesanan,” kata Keith berkenaan kejadian tersebut.

Menurut ibu kanak-kanak tersebut, Kristin Stonehouse, dia memaklumkan bahawa pada hari Khamis aplikasi servis penghantaran makanan atas talian Grubhub telah menghubungi keluargnya dan menawarkan kad hadiah bernilai USD 1,000.

Keith Stonehouse berkata, sewaktu kejadian dia sedang bersendirian dengan anak lelakinya itu sambil isterinya keluar pergi menonton wayang.

Mason telah memesan udang jumbo, salad, shawarma, sandwic pita ayam serta kentang goreng keju cili dan makanan lain yang dihantar oleh penghantar Grubhub ke rumahnya di Chesterfield Township.

“Ini seperti dalam rancangan hiburan Saturday Night Live,” kata Keith Stonehouse kepada MLive.com.

“Saya tidak merasakan ia kelakar, tetapi saya boleh ketawa dengan orang ramai berkenaan perkara itu. Ia menggunakan wang yang banyak dan ia datang entah dari mana.” tambahnya lagi.

Keith Stonehouse berkata, anaknya memesan makanan dari banyak tempat yang berbeza sehinggakan Chase Bank menghantarnya amaran penipuan dan menolak pesanan sebanyak USD439 (RM1,889) di Happy Pizza.

Tetapi pesanan Mason bagi udang jumbo dari restoran yang sama berjaya dan selamat tiba di rumah keluarga berkenaan.

Keith berkata, selepas beberapa pesanan makanan sampai ke rumahnya baru dia menyedari apa yang sedang berlaku.

Pada masa itu, tiada apa yang boleh dia lakukan untuk membatalkan pesanan tersebut.

Isterinya Kristin turut memberitahu bahawa anaknya itu sangat pintar dan mula membaca sejak dia berumur dua tahun setengah lagi.

“Dia sangat pintar. Dia tidak sama dengan kanak-kanak lain yang seusia dengannya,” kata Kristin.

Menurut Kristin, suaminya baru sahaja menggunakan aplikasi Grubhub pada malam tersebut untuk memesan makanan sebelum dia pergi dan mungkin Keith telah membiarkan aplikasi itu terbuka.

Mason kemudiannya mengambil telefon tersebut dan bersembunyi di ruang bawah tanah lalu membuat pesanan yang banyak berkenaan.

Kebanyakan makanan yang sampai pada malam tersebut disimpan dalam peti sejuk malah mereka juga menjemput beberapa jiran mereka untuk menjamah makanan tersebut.

Sumber: The Guardian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.