Siakap Keli
new zealand bantuan kemanusiaan
Gambar: Bernama

Gempa Bumi: New Zealand Sedia Bantuan Kemanusiaan Ke Turkiye, Syria

Gempa Bumi: New Zealand Sedia Bantuan Kemanusiaan Ke Turkiye, Syria

WELLINGTON, Feb 7 (Bernama) — New Zealand akan segera menyediakan bantuan sokongan kemanusiaan kepada mereka yang terjejas akibat gempa bumi dahsyat di Türkiye dan Syria, kata Menteri Luar Nanaia Mahuta pada Selasa.

“New Zealand amat sedih atas kehilangan nyawa serta kemusnahan yang berlaku akibat gempa bumi ini,” katanya.

Kerajaan New Zealand membuat sumbangan awal sebanyak 1.5 juta dolar NZ (AS$950,000) kepada Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) di Türkiye dan Syria bagi membantu memenuhi keperluan kemanusiaan di sana, lapor Xinhua.

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye: Istana Gaziantep Berusia 2,200 Tahun Runtuh

“Sumbangan kemanusiaan kami akan menyokong pasukan Bulan Sabit Merah Turkyie dan Bulan Sabit Merah Arab Syria untuk menghantar barangan bantuan penting seperti bekalan makanan, khemah dan selimut serta menyediakan bantuan perubatan bagi menyelamatkan nyawa selain sokongan psikologi.

“Pegawai kami akan terus memantau keperluan kemanusiaan dan membuat penilaian mengenai jenis bantuan selanjutnya,” kata Mahuta.

Melalui IFRC, 1 juta dolar NZ (AS$630,000) akan digunakan untuk Türkiye dan 500,000 dolar NZ (AS$316,172.5) kepada Syria.

Lebih 3,000 orang terbunuh dan beribu-ribu yang lain cedera selepas gempa bumi kuat menggegarkan bahagian selatan Türkiye dan barat laut Syria pada awal Isnin, ketika penyelamat tempatan bergelut dengan musim sejuk yang teruk untuk mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan.

Sekurang-kurangnya 78 gegaran susulan direkodkan, kata Naib Presiden Turkyiei Fuat Oktay. Gegaran itu turut dirasai di Lubnan, Israel dan Cyprus.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?