Siakap Keli
Ikan Pari Ditemui Hancur
Kredit: The Mirror

Ikan Pari Ditemui ‘Hancur’ Dipercayai Digigit Raksasa Laut

Seekor ikan pari ditemui ‘hancur’ selepas sebahagian besar badannya telah hilang dipercayai digigit raksasa laut dalam kejadian yang berlaku di Swan River di Perth, Australia.

Memetik The Mirror, nelayan yang dikenali sebagai Liam Kenny telah menjumpai bangkai ikan pari berkenaan dengan dua bekas gigitan besar tersebut semasa memancing lalu mengheretnya ke pantai berdekatan.

Malah, Liam menyatakan bahawa tangkapan tersebut merupakan ‘tangkapan yang paling tragis’ yang pernah dilihatnya.

Liam juga dikatakan percaya bahawa raksasa laut itu merupakan seekor jerung berikutan gigitan besar yang ditinggalkan dan dikatakan ia membuang bangkai tersebut selepas kenyang.

“Ini adalah ‘tangkapan paling tragis’ yang pernah saya lihat (semasa memancing) dan bangkai terbesar yang pernah saya tangkap,” katanya.

Ikan Pari Ditemui 'Hancur'
Kredit: The Mirror
Ikan Pari Ditemui 'Hancur'
Kredit: The Mirror

Untuk pengetahuan umum, jerung jenis itu juga dikenali sebagai jerung Zambezi di Afrika dan jerung Tasik Nicaragua di Nicaragua yang merupakan spesies biasa ditemui di seluruh dunia yang cenderung berada di perairan panas dan cetek di sepanjang pantai.

Bukan itu sahaja, jerung tersebut tersenarai dalam spesies jerung yang paling berbahaya di dunia.

Disebabkan itu, segelintir penduduk tempatan diselubungi rasa takut ekoran penemuan tersebut.

Sumber: The Mirror

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.