Gelagat Monyet ‘Culik’ Kucing, Bawa Lari Naik Tiang Elektrik Raih Perhatian Ramai
Tidak dapat dinafikan bahawa haiwan mempunyai gelagat yang melucukan dan selalu menjadi salah satu sumber hiburan untuk manusia.
Begitu juga dengan satu video yang tular di TikTok baru-baru ini, berkenaan seekor monyet yang membawa lari seekor kucing dan dibawa ke atas tiang elektrik.
Video yang dimuat naik oleh @izude__ di akaun TikTok miliknya itu telah mendapat perhatian dan mengejutkan ramai pengguna media sosial.
Menurut laporan liputan6, video tersebut menunjukkan interaksi persahabatan yang mencuit hati, kedua-dua haiwan itu sebaliknya bertindak seolah-olah terlibat dalam insiden ‘penculikan’.
Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang
Lebih menarik lagi, monyet yang sedang memegang kucing itu bertindak untuk memanjat tiang elektrik dan monyet berkenaan duduk betul-betul di atas tiang elektrik yang dipenuhi dengan kabel.
@izude__ Membalas @ayuuuu kabarnya udah di angkat jadi anak guys 😭#kucing #monyet #monyetculikkucing #fyp #fypシ
Tindakan monyet yang cuba ‘culik’ anak kucing itu berjaya membuatkan penduduk teruja.
Malah, kedengaran suara penduduk dari bawah menjerit untuk meminta monyet tersebut segera turun bersama anak kucing itu.
“Nyet, ni ada pisang,” kata pemilik video itu sambil menghulurkan sebiji pisang.
@izude__ Monyet nyulik kucing guys 😭 #monyet #kucing #monyetculikkucing #fyp #fypシ゚viral
Menurut maklumat, kejadian monyet yang membawa lari kucing tersebut berlaku di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia, lapor liputan6.
Dalam video yang lain pula menunjukkan aksi monyet itu menggendong anak kucing berkenaan dan berjalan-jalan di atas kabel elektrik.

Video aksi monyet yang ‘menculik’ anak kucing itu telah tular di media sosial sehingga mendapat 811.5K tontonan, 101.8K tanda suka, 3704 komen dan 3287 perkongsian di laman TikTok setakat ini.
Walaupun teruja, pengguna-pengguna di laman TikTok turut berkata mereka takut sekiranya monyet dan anak kucing berkenaan terkena renjatan elektrik.
“Sumpah aku takut kalau kucing terkena renjatan elektrik daripada kesian dengan monyet,” komen seorang netizen.
“Cukuplah, tak baik menahan gelak malam-malam,” komen netizen lain.
“Monyet nak angkat anak kucing,” komen netizen lagi.
“Mungkin dia rasa itu anak dia,” komen dari netizen.
Sumber: liputan6