Seram, Remaja Dakwa Terakam Lembaga Aneh Berbaju Putih Jalan Membongkok
Tular berkenaan satu video memaparkan sekumpulan remaja perempuan didakwa terakam satu lembaga aneh berselisih ketika sedang berjalan pada waktu malam.
Video sekumpulan remaja yang tidak sedar akan kehadiran lembaga tersebut dimuat naik semula oleh pemilik akaun Instagram @terangmedia pada Ahad, 5 Februari.
“Remaja ini tidak sedar bahawa mereka berselisih dengan lembaga putih ketika pulang pada waktu malam,” tulis kapsyen akaun Instagram tersebut.
Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang
Berdasarkan rakaman tersebut, kumpulan remaja perempuan sedang berjalan pada waktu malam untuk menghantar seorang rakan mereka yang dikenali sebagai Caca.
“Lepas saya hantar Caca masih selamat,” tulis dalam video tersebut.
“Bila nak balik, eh?” tulisnya lagi.
View this post on Instagram
Selepas menghantar rakan-rakannya, remaja tersebut kelihatan meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah masing-masing dengan berjalan kaki.
Sedang asyik berbual ketika berjalan, tanpa mereka sedar, kelihatan satu lembaga berpakaian putih berjalan pantas dari arah bertentangan.
Bagaimanapun, remaja berkenaan tidak menyedari dengan kehadiran lembaga putih tersebut kerana terlalu asyik bersembang dan bergurau senda.
Lebih menyeramkan lagi, lembaga tersebut dilihat seperti sedang jalan sambil membongkok ke arah mereka.
Lembaga putih tersebut bukan sahaja sekadar berselisih dengan mereka, malah berada dalam keadaan yang agak pelik.
Kebiasaannya, penampakan seperti ini akan muncul dalam keadaan terbang atau berjalan seperti biasa.
Namun lembaga misteri ini memunculkan diri dalam kedudukan yang kelihatan seperti sedang terapung.
Menurut laporan Tribun News, mereka hanya menyedari lembaga misteri berkenaan selepas memuat naik rakaman di media sosial dan ditonton semula.
Kemunculan lembaga misteri tersebut telah menimbulkan kekecohan netizen di laman media sosial.
Ada yang percaya dan ada juga yang merasakan bahawa lembaga misteri itu adalah manusia biasa atau sesuatu di sekelilingnya.
“Itu macam orang lelaki pakai baju putih, lepas berselisih jalan dengan remaja itu orangnya sudah tak jelas,” komen netizen.
“Itu beg plastik, kalau nampak jalan memang video tengah sedang berjalan,” komen salah seorang netizen.
Sumber: Tribun News