Siakap Keli
Mesut Ozil Hulur Bantuan Kepada Mangsa Gempa Bumi
Kredit: Mesut Ozil | Twitter

Mesut Ozil Hulur Bantuan Kepada Mangsa Gempa Bumi Turkiye-Syria

Mesut Ozil Hulur Bantuan Kepada Mangsa Gempa Bumi Turkiye-Syria

Bekas pemain Jerman, Mesut Ozil dilapor menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi  Turkiye dan Syria pada Isnin lalu, memetik SportsBrief.com.

Gempa bumi yang berkekuatan 7.8 itu melanda tenggara Turkiye, berhampiran sempadan Syria yang telah mengorbankan lebih 19,00 orang setakat ini.

Berita yang menyayat hati itu telah menyebabkan komuniti bola sepak global tidak ketinggalan untuk menghantar ‘mesej’ dan mendoakan keselamatan mangsa gempa bumi tersebut.

Dalam gambar yang dikongsikan di laman Twitter, dapat dilihat bekas penyerang Real Madrid berketurunan Turkiye terbabit bersama rakan-rakannya menyumbang barangan bantuan.

“Bersama-sama kita mencapai apa sahaja dalam masa yang sukar,” tulisnya.

Tidak dinafikan seluruh dunia ketika ini bertungkus-lumus memberikan pelbagai bantuan kepada mangsa bencana tersebut merangkumi makanan, ubat-ubatan, perkhidmatan dan wang tunai.

Ronaldo dan Leonardo menghulurkan derma kepada mangsa gempa

Selain Ozil, penyerang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo juga bersama-sama bekas pasukannya di Juventus, Leonardo Bonucci dikatakan turut membantu mangsa gempa bumi.

Malah, Ronaldo juga dikatakan bertindak melelong salah satu daripada jersi kelab yang disertai dengan tandatangannya untuk disalurkan kepada mangsa gempa bumi (hasil lelongan).

Dalam pada itu, SportsBrief juga melaporkan bahawa pegawai kelab Super Lig Turki Hatayspor mendedahkan pemain sayap Ghana, Christian Atsu, 48 tahun masih belum ditemui berikutan dia terperangkap dalam gempa tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini kelab tersebut tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang pemain itu yang dipercayai terperangkap bersama pengarah sukan, Taner Savut.

Mesut Ozil Hulur Bantuan Kepada Mangsa Gempa Bumi
Kredit: Goal.com

Baca juga: Ahli Seismologi Turkiye Ramal Gempa Bumi Kuat Seterusnya Dekat Dengan Pelabuhan Canakkale

Lebih membimbangkan ahli seismologi Turkiye, Dogan Perincek telah meramal gempa bumi kuat baharu mungkin berlaku tidak lama lagi di kawasan pelabuhan Canakkale Turkiye di Laut Marmara susulan peningkatan aktiviti seismik di sana.

Pada Isnin, dua gempa bumi masing-masing bermagnitud 7.7 dan 7.6 magnitud melanda selatan Turkiye. Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyifatkan bencana itu sebagai gempa bumi paling kuat sejak 1939.

“Sejak 10 hari lepas, saya merekodkan peningkatan aktiviti seismik di Canakkale dari arah Laut Marmara.

“Saya terlibat dalam pemantauan harian dan analisis aktiviti seismik di negara ini menggunakan peta khas selama lebih 10 tahun. Tiga tahun dari sekarang, saya meramalkan gempa bumi di Canakkale,” kata saintis itu.

Sumber: SportsBrief.com

Florence Nuar