Ngeri, Ibu Bakar Bayi Baru Lahir Akibat Marahkan Suami
Seorang ibu didakwa telah membakar dan membunuh bayinya yang baru dilahirkan dalam kejadian yang berlaku di Madiun, Jawa Timur, Indonesia, lapor Detik.com.
Menurut Ketua Polis Madiun AKBP, Anton Prasetyo pada Selasa berkata, “Memang ada kes seorang ibu disyaki membunuh bayinya dengan cara membakar,”
Tambah Anton, kejadian ngeri itu berlaku pada petang Isnin di rumahnya di Desa Ngranget, Datangan, Kabupaten Madiun.
Malah, suspek juga dikatakan telah menanam mayat bayinya tidak jauh dari rumahnya sehingga menyebabkan pihak polis bertindak membongkar kawasan sekitar sebelum menemui kubur bayi tersebut.
“Kejadian petang semalam, kami bongkar dan kini telah menahan suspek yang disyaki sebagai pelaku yang sanggup membakar bayinya sendiri,” tambanhnya.

Bakar Bayi Akibat Marahkan Suami
Tindakan tragis tersebut diketahui apabila penduduk kampung curiga kerana suspek (yang sarat mengandung) dikatakan sudah beberapa hari tidak keluar dari rumah sebelum bertindak untuk mengetuknya.
Akibat tiada maklum balas, penduduk kampung bersepakat untuk memecahkan pintu dan mendapati suspek segara melarikan diri.
Lebih mengejutkan penduduk kampung menjumpai bayi yang dianggarkan telah dilahirkan kira-kira beberapa hari lebih awal sedang dibakar di atas dapur.
Bagaimanapun, penduduk kampung dikatakan tidak sempat menyelamatkan bayi tersebut kerana sudah 70 peratus badannya melecur dan disahkan meninggal dunia.
Apabila suspek bertindak ingin melarikan diri, penduduk kampung segara melaporkannya kepada pihak polis.
Malah bedah siasat ke atas bayi tersebut juga telah dilakukan sebelum mengebumikannya.
Daripada soal siasat yang dijalankan ke atas suspek, pihak polis Madiun mendedahkan bahawa suspek telah membakar bayi tersebut ekoran sakit hati dengan tuduhan suaminya yang mengatakan bahawa bayi tersebut adalah hasil hubungan terlarang dengan lelaki lain.
“Jadi, ibu (suspek) sakit hati dengan tuduhan suaminya (bekerja di Banyuwangi dan pulang sebulan sekali) yang mengsyaki bahawa bayi yang dilahirkan itu adalah hasil hubungan sulit dengan lelaki lain,” kata Anton.
Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan ketika cuba melarikan diri ke dalam hutan di kampung berhampiran. Kini, suspek dikatakan masih menjalani rawatan di Hospital Dolopo Kabupaten Madiun.
Sumber: Detik.com