Siakap Keli
peluk lembu hari kekasih
Gambar: BCCL via India Times

NGO Haiwan India Seru Orang Ramai Peluk Lembu Ganti Hari Kekasih

NGO Haiwan India Seru Orang Ramai Peluk Lembu Ganti Hari Kekasih

Valentines Day atau Hari Kekasih yang disambut setiap tahun pada 14 Februari oleh kebanyakan orang di seluruh dunia semakin hampir tiba.

Walaupun ada yang mendakwa bahawa sambutan Hari Kekasih itu adalah ‘menentang budaya India’, kebanyakan daripadanya menantikan tarikh tersebut.

Pada tahun ini, Lembaga Kebajikan Haiwan India (AWBI) dilaporkan telah menyeru orang ramai untuk meraikan ‘Hari Peluk Lembu’ bagi menggantikan Hari Kekasih tersebut, lapor India Times.

“Kita semua tahu bahawa lembu adalah tulang belakang budaya India dan ekonomi luar bandar, mengekalkan kehidupan kita dan mewakili kekayaan lembu dan biodiversiti.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Ia dikenali sebagai ‘Kamdhenu’ dan ‘Gaumata’ kerana sifatnya seperti ibu, memberikan kekayaan kepada manusia,” tulis dalam surat AWBI itu.

Surat AWBI mendakwa bahawa tradisi Veda berada di ambang kepupusan disebabkan oleh kesan budaya barat dari semasa ke semasa.

“Disebabkan kemajuan budaya barat dari semasa ke semasa, kemasukan tamadun barat menjadikan budaya fizikal dan warisan kita hampir dilupakan,” katanya.

AWBI berkata bahawa memeluk lembu akan membawa kepada kekayaan emosi dan kebahagiaan.

Dalam surat tersebut, ia menjelaskan berpelukan dengan lembu akan membawa kekayaan emosi dan meningkatkan kebahagiaan individu dan kolektif rakyat India.

Sehubungan itu, semua pencinta lembu juga boleh menyambut ‘Hari Peluk Lembu’ pada 14 Februari.

“Lembu akan membuat hidup bahagia dan penuh tenaga positif,” tulis dalam surat itu.

Pada tahun lalu, sebuah NGO di Gurugam telah membuka sebuah pusat pelukan lembu pertama di India.

Kamdhenu Gowdham dan Arogya Sansthan akan membuka pusat pelukan lembu mereka di Tauru, Haryana pada hari Ahad.

Menurut NGO itu, memeluk lembu merupakan amalan lazim di beberapa negara luar termasuk AS, Belanda, Switzerland dan UK.

Dikatakan bahawa kaedah memeluk lembu termasuk menyentuh, memeluk dan membelai badannya.

NGO tersebut diketuai oleh pesara pegawai IAS dan bekas Pengerusi AWBI, SP Gupta, berkata akan membantu dalam menyembuhkan beberapa gaya hidup dan penyakit lain.

Jelasnya lagi,nbukan sahaja penyakit masalah pernafasan, tekanan darah, sakit tulang belakang, masalah jantung, kemurungan dan TB juga dapat disembuhkan.

Menurut ahli psikologi, dengan amalan perubatan ini, kesedihan, kebimbangan dan semua jenis tekanan dapat diubati.

Minda juga menjadi lebih sihat sekaligus berlaku peningkatan dalam keyakinan manusia.

Kaedah terapeutik lain yang didakwa oleh NGO dengan pelukan lembu termasuk memeluk lembu, boleh membantu menormalkan pernafasan dan seterusnya mengurangkan tekanan.

Tambahan pula, kerana kadar denyutan jantung lembu lebih rendah dan suhu badan yang tinggi, seseorang yang memeluknya akan berasa tenang dan tenteram.

Sumber: India Times

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.