Siakap Keli
wartawan selamatkan kanak-kanak perempuan ketike live sesi siaran langsung gempa bumi turkiye
Kredit: TikTok

Tengah “Live”, Wartawan Turkiye Selamatkan Mangsa Gempa

Tengah “Live”, Wartawan Turkiye Selamatkan Mangsa Gempa

Seorang wartawan Turkiye mencuri tumpuan media apabila tangkas menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi biarpun ketika itu sedang bersiaran langsung.

Yuksel Akalan, wartawan di A News ketika itu sedang membuat liputan mengenai situasi semasa selepas kawasan itu dilanda gempa bumi kali pertama.

Bagaimanapun, ketika sedang menjalankan tugasannya, kawasan berkenaan dilapor dilanda gempa susulan yang menyaksikan beberapa bangunan di belakangnya runtuh serta mengalami kerosakan.

Tanpa berlengah, dia kemudian dirakam menerpa ke arah orang awam yang ketika itu sedang bergegas menyelamatkan diri. Akalan ketika itu berlari menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang dalam ketakutan. Dia juga dirakam sempat memeriksa keadaan seorang lagi mangsa.

Akalan juga sempat memeluk dan memujuk  kanak-kanak tersebut sebelum segera memindahkan mereka ke tempat yang lebih selamat.

Walaupun ketika itu suasana kelihatan berbahaya dan kelam-kabut, Akalan dilihat begitu tenang ketika menghampiri mangsa-mangsa untuk menghulurkan bantuan.

Wartawan tersebut sempat menyelamatkan orang lain, ketika nyawanya turut diancam bahana gempa bumi di Turkiye

“Ketika kami bergerak ke arah runtuhan tersebut untuk merakam usaha mencari dan meyelamat, terdapat dua gegaran susulan berlaku.

“Gegaran tersebut berlaku dengan bunyi yang sangat kuat dan bangunan yang berada di kiri saya didapati tumbang ke tanah,” lapor Akalan dalam sesi siaran langsungnya.

@yahoouk

Moment reporter in Turkey abandons live broadcast to rescue young girl from earthquake #turkey #earthquake #earthquakes #turkeyearthquake #news #rescue #hero #disaster #worldnews #syria #world

♬ original sound – Yahoo UK

Gempa bumi yang melanda pada Isnin lalu merupakan gempa bumi terdahsyat di negara tersebut sejak 1939. Malah, angka kematian pula dikhuatiri meningkat kepada puluhan ribu dalam beberapa hari yang akan datang.

Menurut AFP, WHO meramalkan angka kematian di Turkiye dan Syria meningkat lapan kali ganda susulan gempa bumi di negara tersebut.

Tragedi menyayat hati ini turut menyebabkan negara jirannya, Syria khususnya kawasan penempatan pelarian dan keseluruhan kampung berubah menjadi debu.

Hari ini, portal berita Agensi Anadolu melaporkan jumlah korban dalam dua gempa bumi kuat yang melanda selatan Türkiye sudah melepasi 12,000.

BACA: Dua “Hero” Tragedi Batang Kali Dikerah Ke Turki, Bantu Misi SAR Mangsa Gempa Bumi

Sumber: Telegraph

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.