Siakap Keli
harimau bintang dalam mahkamah
Gambar: Twitter

Tiga Cedera Selepas Harimau Bintang Sesat Terkam Orang Dalam Mahkamah

Tiga Cedera Selepas Harimau Bintang Sesat Terkam Orang Dalam Mahkamah

Polis dan pegawai hidupan liar dipaksa bertungkus lumus menangkap seekor harimau bintang sesat yang masuk ke dalam kompleks mahkamah berhampiran New Delhi, lapor The National News.

Kejadian berkenaan telah mencetuskan panik dan huru-hara kepada orang ramai berhampiran selepas haiwan tersebut bertindak agresif menyerang manusia.

Sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan cedera dalam insiden serangan haiwan yang berlaku di mahkamah Ghaziabad itu, lewat semalam.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Gambar: Jam Press/Rare Shot News

Terdapat satu video memaparkan anggota polis cuba untuk memerangkap haiwan liar tersebut dalam jaring dengan bersenjatakan obor api dan memakai topi keledar logam serta jaket kalis peluru.

Kakitangan hidupan liar yang dibekalkan senjata ubat penenang pula turut bekerjasama dengan polis, selepas kompleks mahkamah ditutup kepada orang ramai.

Beberapa video yang disiarkan di saluran televisyen menunjukkan peguam melindungi diri di dalam bilik mahkamah ketika haiwan itu berkeliaran di koridor.

Seorang anggota polis dan peguam telah diserang oleh haiwan terbabit apabila mereka cuba untuk menghalaunya.

Dalam klip video yang lain, haiwan pemangsa itu dapat dilihat berada di sebalik penghadang logam di dalam bilik mahkamah.

Gambar: Twitter

Difahamkan bahawa serangan haiwan tersebut adalah perkara biasa di Gurgaon, selatan ibu negara.

Namun, jarang berlaku di Ghaziabad, bandar yang berpenduduk 2.2 juta orang kira-kira 45 kilometer ke timur.

India mempunyai populasi harimau bintang yang besar dengan lebih daripada 12,800 pemangsa liar, menurut laporan yang dikeluarkan oleh kerajaan pada 2021.

Terdapat populasi harimau bintang yang lebih tinggi di negeri-negeri pergunungan kerana hutan tebal.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, harimau bintang ini telah berkeliaran ke dataran dan ke habitat manusia untuk mencari sumber makanan.

Terdahulu, wanita berusia 22 tahun maut selepas seekor harimau bintang menyerangnnya di ladang tebu Pune di barat negeri Maharashtra, pada minggu lalu.

Pada bulan lalu, seorang buruh dilaporkan meninggal dunia kerana diserang oleh harimau bintang yang disyaki ‘pemakan manusia’ di Chhattisgarh.

Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam serangan harimau bintang di negeri jiran di Jharkhand antara Disember tahun lalu dan Januari tahun ini.

Sumber: The National News

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.