“Carikan Saya Tudung,” Wanita Enggan Keluar Dari Runtuhan Tanpa Tutup Aurat Buat Ramai Kagum
Keadaan di Turkiye selepas berlakunya gempa bumi begitu menyayat hati kerana masih ada lagi mangsa yang terperangkap dalam timbunan runtuhan bangunan.
Kini, para penyelamat sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang berada di bawah runtuhan bangunan.
Misi mencari dan menyelamat itu telah dibantu oleh pelbagai agensi luar yang bertungkus-lumus untuk mencari serta membawa keluar mangsa yang terperangkap.
Dalam misi berkenaan, pelbagai kisah yang menyayat hati menjadi perhatian ramai di laman media sosial.
Terbaru, tular satu video yang memaparkan seorang mangsa yang terselamat tidak mahu keluar dari runtuhan kerana tidak menutup aurat.
Dalam keadaan huru-hara, di mana kesemua mangsa bertahan dan menangis meminta pertolongan dari bawah runtuhan, seorang wanita yang terselamat daripada gempa bumi di Turkiye enggan keluar dari runtuhan tanpa berhijab.
Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang
Video yang dimuat naik oleh @IlmFeed di laman Twitter itu menunjukkan keadaan yang dialami oleh mangsa.
Menerusi video yang berdurasi 1 minit 31 saat itu, ketika pasukan penyelamat menghulurkan air kepadanya, wanita tersebut meminta tudung kepala untuk menutup auratnya.
Enggan keluar tutup aurat
“Ambil air…ambil air. Carikan saya tudung…serahkan tudung,” kata anggota penyelamat dalam video tersebut.
Anggota pasukan penyelamat berasa kagum dengan sikap yang ditonjolkan wanita itu kerana memiliki iman yang tinggi dengan mengutamakan auratnya terlebih dahulu walaupun berada dalam situasi yang sulit dan merbahaya.
Salah seorang daripada pasukan penyelamat itu berkata bahawa dia amat terpesona dengan iman yang dimiliki wanita berkenaan.
“Saya suka iman awak,” kata anggota penyelamat tersebut.
Kemudian, dia diberikan selendang untuk dililitkan pada kepalanya sebelum keluar dengan bantuan dari pasukan penyelamat.
Laungan takbir ‘Allahuakbar’ turut dilaungkan selepas wanita itu keluar dari runtuhan bangunan dengan bantuan pasukan penyelamat.
“Mari sini, bertenang, tunggu sebentar. Bawa kepala ke arah sini… berikan selimut, kata pasukan penyelamat itu.
Sementara itu, video berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada pengguna media sosial.
“Iman kepada Tuhan menjadikan wanita ini seorang wanita yang kuat. Terpegun melihat wanita yang begitu hebat walaupun tersepit di bawah bertan-tan runtuhan,” komen netizen.
“JazakAllah khair kerana mengaburkan wajahnya, itulah kesopanan asas yang diharapkan dari setiap muslim,” komen netizen lagi.
“Semoga Allah memberikan taqwa yang sama seperti wanita ini. Amin. Subhanallah,” komen seorang lagi netizen.
Difahamkan bahawa video yang dimuat naik oleh @IlmFeed di laman Twitter tersebut memperoleh 495.3k tontonan, 3,181 retweets dan 11.2k tanda suka.
Earthquake Survivor Refuses to come out without Hijab! pic.twitter.com/S0VDd88sNK
— ilmfeed (@IlmFeed) February 10, 2023
Sumber: Twitter