Siakap Keli
Sergio Busquets cedera
Gambar: AFP

Sergio Busquets Terlepas Beraksi Menentang MU, Buku Lali Cedera

Sergio Busquets Terlepas Beraksi Menentang MU, Buku Lali Cedera

Gergasi bola sepak Sepanyol, Barcelona FC mengesahkan kapten pasukannya, Sergio Busquets tidak akan beraksi menentang Manchester United minggu depan.

Memetik Daily Mail, pemain tengah itu mengalami kecederaan buku lali dan tidak akan dapat bermain sehingga pulih, kata Barcelona.

Sergio Busquets cedera buku lali

Busquets terseliuh ligamen di buku lali kirinya pada separuh masa pertama menentang Sevilla pada Ahad, 5 Februari lalu.

Bagaimanapun, Barcelona FC berjaya menewaskan Sevilla 3-0 di tempat sendiri dan berada di tangga teratas LaLiga dengan jarak lapan mata.

Sebelum ini, pengurus kelab, Xavi menyatakan rancangan kelab tersebut untuk menggantikan Busquets, yang bakal menamatkan kontrak pada bulan Jun, lapor Mirror UK.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Presiden Barca, Joan Laporta mendesak kelab itu untuk menandatangani pemain tengah Wolves, Ruben Neves.

Ini kerana kapten pasukan Barca itu mempunyai hubungan rapat dengan ejennya, Jorge Mendes.

Bagaimanapun, Xavi lebih mengutamakan pemain tengah kelab Real Sociedad, Martin Zubimendi.

Namun, pengarah kelab itu tidak begitu yakin pembelian baharu diperlukan dalam kedudukan itu.

Mereka percaya bahawa Frenkie de Jong boleh memainkan peranan itu, tetapi tidak dipersetujui oleh Xavi.

Memetik Mirror UK lagi, kelab Catalan itu bimbang tentang bagaimana mereka akan menggantikan Busquets pada penghujung kempen.

Malah, mereka juga bimbang bagaimana mereka akan merombak pemain tengah mereka dalam jangka pendek susulan kecederaan yang dialami oleh Busquets.

Dalam satu kenyataan, Barcelona FC telah mengesahkan bahawa pemain veteran mereka mengalami kecederaan buku lali.

“Ujian yang dijalankan pagi ini telah mendedahkan bahawa Sergio Busquets mengalami kecederaan ligamen di buku lali kirinya,” katanya dalam kenyataan itu.

“Dia dikeluarkan dan pemulihannya akan menentukan ketersediaannya,” katanya lagi.

Walaupun Barcelona FC tidak menyatakan tempohnya, laporan dari SPORT mengatakan bahawa Busquets berkemungkinan tidak akan bermain selama dua hingga tiga minggu.

Barcelona akan menentang Manchester United dalam perlawanan pertama playoff pusingan kalah mati Liga Europa pada 16 Februari.

Pemain veteran yang berusia 34 tahun itu telah beraksi dalam semua perlawanan, kecuali dua daripada 20 perlawanan di liga Barcelona musim ini.

Terdahulu, pemain sayap, Ousmane Dembele terlepas perlawanan pertama menentang United selepas mengalami kecederaan otot peha ketika menang ke atas Girona pada bulan lalu.

Sumber: Daily Mail, Mirror UK

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.