Siakap Keli
“Download” Apps MyJPJ
Kredit: Bernama

Wajib Ke “Download” Apps MyJPJ? Ini FAQ Lazim Kena Tahu

Wajib Ke “Download” Apps MyJPJ? Ini FAQ Lazim Kena Tahu

Semalam, kerajaan mengumumkan langkah pendigitalan beberapa dokumen rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti Lesen Kereta Malaysia (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM). Pengumuman berkenaan sekaligus menjadi topik perbincangan hangat rakyat Malaysia sehingga ke saat ini.

Sudah semestinya perbualan hangat tersebut turut melahirkan beberapa persoalan mengenai pengimplimentasian inisiatif tersebut dalam kehidupan seharian.

Orang ramai tidak henti-henti mengajukan beberapa soalan dan mahukan jawapan segera daripada pihak berwajib.

Untuk menjawab soalan orang ramai secara efektif dan efisien, pihak JPJ telah mengeluarkan satu infografik FAQ bagi memberi jawapan yang tepat dan jelas kepada orang ramai.

Wajib ke download apps MyJPJ?

Berikut adalah beberapa soalan dan jawapan berkenaan langkah pendigitalan yang diumum kerajaan semalam.

1. Adakah wajib untuk memuatnaik aplikasi ‘MyJPJ’?

Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk ‘road tax’ dan lesen memandu.

2. Kalau tak dapat memuat naik aplikasi MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital roadtax, adakah saya akan disaman?

Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem dalam gajet penguatkuasaan.

3. Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?

Ya. Perlu dibayar. Hanya sticker tidak perlu ditampal.

4. Kalau warga emas yang tidak memiliki telefon pintar dan kawasan yang tiada talian internet bagaimana? 

Jangan bimbang, format digital bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.

5. Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital road tax?

Senang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan. Pihak penguatkuasa akan semak butiran dalam gajet mereka.

6. Mengapa saya tak dapat melog masuk MyJPJ sejak pagi tadi?

Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi.

Sebarang pertanyaan berhubung inisiatif ini boleh disalurkan ke emel [email protected] atau menghubungi talian hotline JPJ iaitu 03-27242522.

https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/posts/pfbid0373E1Ppf8SHBzTHEQVANorSvusedn9N3b7Q78o7gqcrGRBjzhCgquVRWXPdRsupp2l

BACA: Dah Tak Perlu Lekat Roadtax Lagi – Menteri

Semoga jawapan-jawapan yang dikongsikan oleh JPJ di atas menjawab semua pertanyaan yang sedang bermain di benak fikiran anda ketika ini.

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.