Siakap Keli
tak lekat roadtax
Kredit: Kementerian Pengangkutan

Dah Tak Perlu Lekat Roadtax Lagi – Menteri

Dah Tak Perlu Lekat Roadtax Lagi – Menteri

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan lesen memandu dan pelekat cukai jalan (road tax) kini sudah boleh dimiliki secara digital bermula hari ini.

Menerusi sidang medianya hari ini, beliau berkata lesen memandu dan lesen kenderaan motor atau roadtax boleh diakses secara digital menerusi aplikasi MyJPJ. Aplikasi berkenaan juga sudah boleh dimuat turun.

Beliau berkata, pembaharuan tersebut dibuat susulan aduan orang ramai mengenai pelekat roadtax yang disifatkan leceh dan menyusahkan.

Justeru, bagi mengatasi masalah tersebut, pihaknya telah berusaha untuk mencari jalan penyelesaian menerusi strategi pendigitalan.

Bagi  pemilik kenderaan persendirian warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ mulai 10 Februari 2023.

Selain itu, peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333): “setiap LKM hendaklah dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan yang berkenaan” termansuh bagi kategori pemilik di bawah fasa pertama.

Pengecualian ini akan diwartakan di bawah kuasa yang diberi kepada Menteri Pengangkutan di bawah Seksyen 127 (1) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Inisiatif pendigitalan ini akan dilaksanakan secara berperingkat

Fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu, termasuklah motosikal (warganegara). Pihaknya akan mengambil kira kesediaan sistem dan penerimaan awam untuk beralih fasa- fasa seterusnya.

Tak perlu lekat roadtax lagi, dialu-alukan guna aplikasi MyJPJ

Loke turut mengalu-alukan semua pemandu dan pemilik kenderaan untuk beralih ke platform digital. Dengan pendekatan ini, keadaan sesak dan beratur panjang di kaunter JPJ akan berkurangan.

Bagi kenderaan selain kenderaan persendirian, pengguna masih boleh memperoleh dan mengekalkan amalan memapar pelekat LKM dan menggunakan kad fizikal LMM dalam tempoh interim.

Orang awam digalakkan mendaftar akaun masing-masing melalui portal awam JPJ [https://public.jpj.gov.my/] atau menerusi aplikasi MyJPJ.

Kategori pemilik atau pemegang lesen kenderaan yang masih wajib mempamerkan LKM dan LMM adalah seperti berikut:

lesen road tax cukai jalan sticker digital
Kredit: Kementerian Pengangkutan

Loke menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan sentiasa dijalankan terhadap mana-mana pihak yang memandu kenderaan tanpa mempunyai LKM atau LMM yang sah.

Perkara ini selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 20(1), 90 (1) dan 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan ke emel [email protected] atau talian hotline JPJ iaitu 03-2724 2522. Orang awam juga boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang disediakan di portal JPJ untuk maklumat lanjut.

BACA: Ramai Mengadu “Sticker” Cukai Jalan Mudah Koyak, Anthony Loke Janji Perubahan Besar Tahun Ini

Sumber: Kementerian Pengangkutan via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma