Siakap Keli
Nurul Izzah penasihat
Gambar: Bernama

Nurul Izzah Umum Tidak Lagi Berkhidmat Penasihat Kanan Ekonomi & Kewangan PM

Nurul Izzah Umum Tidak Lagi Berkhidmat Penasihat Kanan Ekonomi & Kewangan PM

KUALA LUMPUR — Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau dalam satu kenyataan berkata tidak lagi memegang jawatan tersebut selepas diundang oleh Pengerusi Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan, YBhg. Tan Sri Mohd Hassan Marican hari ini.

Undangan tersebut adalah untuk mempelawa Nurul Izzah menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat.

Tambah bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu, ia sekaligus membuktikan beliau tidak lagi berkhimat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

“Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini. Saya amat menghargai setiap peluang untuk menyumbang kepada negara demi melakar masa depan yang lebih baik untuk Malaysia.

“Saya mengambil kesempatan ini bagi menzahirkan sepenuh penghargaan atas setiap sokongan dan dokongan yang diberikan.

“Baik daripada orang ramai mahupun seluruh pasukan perkhidmatan awam dan komuniti Kerajaan,” katanya.

BACA JUGA: Derinkuyu Yang Misteri, Kenali Bandar Bawah Tanah Di Turkiye, Pernah Dihuni 20,000 Penduduk

Maklum anak sulung Perdana Menteri Malaysia berkenaan, rakyat mengharapkan masa depan yang cemerlang dan penyatuan yang utuh di bawah pimpinan PM bersama Kerajaan Perpaduan.

Sehubungan itu, beliau berharap dapat berkhidmat dan membantu Tan Sri Mohd Hassan Marican beserta anggota jawatankuasa lain terhadap negara tercinta.

“Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh Jawatankuasa. Sama-samalah kita menyumbang dalam sebarang kapasiti demi negara kita.” tambahnya lagi.

Terdahulu, beliau telah dilantik menjadi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, Nurul Izzah mendedahkan bahawa telah berkhidmat sejak 3 Januari lalu menerusi satu temubual dengan sebuah akhbar.

Maklum ahli politik itu, aspek  kemiskinan, pendidikan, serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) akan diberikan tumpuan olehnya.

Selain itu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media turut memaklumkan bahawa anaknya tidak menerima sebarang elaun daripada jawatan itu.

Sumber: Facebook Nurul Izzah 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.