Siakap Keli
Kredit: Busan Tourism Organization

Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Bukan sahaja terkenal sebagai tempat asal kelahiran anggota kumpulan K-pop terkenal BTS iaitu Jungkook dan Jimin, Busan juga ialah tarikan yang boleh buatkan ramai tak senang duduk bila bercakap tentangnya. Apa tidaknya, bila sebut saja Busan, mesti jadi teruja atau tak senang duduk untuk pergi melancong ke sana.

Busan telah menjadi lokasi kerap dilawati pelancong tempatan dan luar negara, terutama peminat yang ingin menelusuri tempat selebriti itu membesar. Antara lokasi tumpuan yang sering dikunjungi sudah tentunya Pantai Dadaepo dan Mandaek Dong yang menjadi antara lokasi nostalgik selebriti tersebut.

Selain itu, ia juga menjadi lokasi penggambaran filem, rancangan televisyen dan drama Korea seperti The King Eternal Monarch, Running Man dan Fight For My Way.

Selain daripada tempat yang disebutkan itu, terdapat tujuh lagi lokasi lain yang wajib jejak jika anda sampai ke Busan. Kalau nak tahu tempatnya, jom teruskan bacaan.

Songdo Skywalk

Kredit: Busan Tourism Organization

Songdo Skywalk ini dibina di kawasan timur pantai Songdo. Dibina sepanjang 365 meter, Songdo Skywalk ini telah ditabalkan sebagai Skywalk yang paling besar di Korea Selatan. Ianya dibina berlantaikan kaca bagi menjanjikan pengalaman kepada pengunjung seakan-akan berjalan di atas laut. Trail ini turut bersambung dengan pulau Geobukseom (lebih dikenali sebagai pulau penyu).

Gwangalli Beach

Kredit: Busan Tourism Organization

Pantai Gwangalli ini adalah salah satu pantai terbaik dan terkenal di bandar Busan. Pantai ini terletak betul-betul di bahagian tengah Busan. Pantai Gwangalli ini juga adalah sebuah resort rekreasi sepanjang 1.4 kilometer dan 25-110 meter lebar. Ia terkenal dengan pasirnya yang halus dan lembut. Kawasan pantai ini turut dikelilingi dengan restoran romantik dan kedai kopi serta butik jenama fesyen popular. 

Kalau anda nak tahu, ia juga pernah menjadi salah satu lokasi penggambaran dalam filem Black Panther. Dalam filem Black Panther, terdapat satu adegan kejar mengejar ikonik yang memaparkan latar belakang sebuah bandar di Asia. Kawasan adegan tersebut sebenarnya difilemkan di sekitar kawasan Jambatan Gwangalli yang terletak bersebelahan dengan pantai ini.

Kredit: Busan Tourism Organization

Busan Sky Capsule

Kredit: Busan Tourism Organization

Busan Sky Capsule beroperasi sebagai kapsul peribadi yang membolehkan penumpang menikmati perjalanan yang mempunyai ruang privasi sendiri tanpa perlu berkongsi dengan orang tidak dikenali. Dikendalikan secara automatik pada kelajuan rendah, pengunjung bakal berpeluang menikmati pemandangan pantai dan dapat mengambil foto yang menjanjikan pemandangan indah ketika mengunjungi tempat ini.

Kredit: Busan Tourism Organization

Gamcheon Culture Village a.k.a Lego Village

Kredit: Busan Tourism Organization

Sekali imbas, penempatan Gamcheon Culture Village ini seakan blok LEGO berwarna-warni yang tersusun. Ia juga dikenali sebagai Santorini Korea dan pernah menjadi lokasi penggambaran Running Man bagi episod ke-126.

Perkampungan ini pada asalnya adalah sebuah penempatan yang dibina untuk pelarian duduki ketika perang Korea terdahulu. Pada tahun 2009, pelajar, artis serta penduduk setempat telah mengambil inisiatif untuk menghiasi kampung itu sebagai sebahagian daripada Projek Seni Kampung. Penggunaan warna yang ceria telah berjaya membuat bandar itu berkembang sehingga menjadi salah satu kawasan tarikan pelancong utama di Busan.

Untuk para peminat kumpulan BTS, Gamcheon Culture Village ini adalah salah satu tempat yang wajib korang jejak. Selain korang boleh menyelami budaya dan kehidupan masyarakat setempat, dekat sini juga ada satu dinding mural yang dibina khas untuk peminat BTS khususnya peminat Jimin dan Jungkook. Korang boleh bergambar dekat mural yang dicat dengan gambar muka selebriti kegemaran korang ni untuk disimpan sebagai bukti yang korang pernah jejak dekat kampung halaman diorang ni.

Kredit: Busan Tourism Organization
Kredit: Busan Tourism Organization

BUSAN x The Sky

Kredit: Busan Tourism Organization

BUSAN x The Sky ini terletak di bangunan kedua tertinggi di Korea Selatan. Dekat sini korang bakal disajikan dengan panorama cantik lautan Haeundae dan bandar Busan yang indah. Di atas mercu tanda Busan yang terkenal di dunia seperti Gwangandaegyo (Jambatan Berlian) dan Bandar Laut, korang boleh menikmati pemandangan siang dan malam bandar Busan di lounge dan kafe-kafe yang terdapat di kawasan sekitar.

Bupyeong Market

Kredit: Busan Tourism Organization

Bau aromanya yang lazat telah menjadikan Bupyeong Kkangtong Market ini terkenal sehingga menjadi salah satu tempat tarikan pelancong. Terletak bersebelahan dengan Gukje Market, pengunjung berpeluang untuk berulang-alik antara Gukje Market dan Bupyeong Kkangtong Market. Perbezaan ketara diantara kedua-dua pasar ini adalah Gukje Market kebanyakannya menawarkan pengunjung produk yang bermacam seperti periuk belanga, kuali dan aneka snek manakala Bupyeong Kkangtong Market lebih tertumpu kepada makanan yang pelbagai antaranya ialah makanan laut, buah-buahan, sayur-sayuran dan bermacam lagi.

Lokasi ini hanyalah sebahagian daripada puluhan lokasi menarik yang lain terdapat di Busan. Kalau pergi, tak sempat bosan sebab banyak pilihan destinasi boleh dikunjungi. Tambah-tambah harga tiket sekarang pun murah, hanya dari RM539 sahaja sehala dengan AirAsia X manakala RM1,999 untuk Premium Flatbed. Korang boleh tempah sekarang hingga 19 Februari ini di AirAsia Super App.

Aqmal Ezany

I write what is right