Siakap Keli
nenek tua bongkok tiga

8 Orang Jadi Tebusan Nenek Tua, Kisah ‘Gelap’ Yang Ramai Tak Tahu

Sepanjang korang hidup ni muka bumi ni, mesti masih ada banyak kisah-kisah yang tidak pernah lagi korang dengar kan. Bila pertama kali tahu tentang sesuatu cerita tu, kadang-kadang sampai tak tau nak percaya atau tak. Sebabnya, memang dah pelbagai pihak yang bercerita tentangnya, tak kan la tak percaya pulak kan. Sebagai contoh, kalau ada kisah-kisah yang berunsur mistik ni.

Lagi satu, kalau ada je kaitan dengan unsur-unsur mistik ni. Mesti lah akan ada pihak yang mendokumentarikan kisah tersebut atau jadikannya sebuah series. Korang semua mesti selalu ada series atau movie yang korang suka sangat tengok bersama kawan-kawan atau ahli keluarga. Nak cakap punya minat tu sampai gigih la tunggu setiap minggu untuk episod baru yang keluar kan. Sebab bila dapat tahu cerita tu dari awal sampai akhir, baru la rasa seronok.

Cakap pasal series, korang patut tengok satu series baharu yang Viu nak keluarkan ni tau. Untuk yang masih tak tahu, series ni bertajuk ‘Nenek Bongkok Tiga’ dan merupakan salah satu series Viu Original tau. Min sebenarnya dah tengok dua episod daripada series ni tau. Ni reviewnya.

nenek bongkok tiga

Kalau tengok tajuk, mesti semua ingat ini adalah cerita hantu. Tapi untuk pengetahuan, genre series ni ialah ‘Dark Fantasy’ atau fantasi seram. Min teruja bila ada series Melayu yang menawarkan genre ni. Baru la jalan cerita fresh & menarik.

Sinopsis Viu Original ‘Nenek Bongkok Tiga’

“Lapan orang dijadikan tebusan di dalam satu rumah agam di tengah hutan Bukit Luruh yang terkenal dengan kisah orang hilang. Rumah itu cuma didiami Nenek, seorang wanita yang mendakwa mereka sudah menceroboh kawasan makhluk bergelar Tuan Tanah dan harus melaksanakan cabaran-cabarannya untuk keluar”.

Baca sinopsis pun dah merangsangkan rasa minat korang kan. Haa, belum min review lagi apa yang min dah tengok. Oklah, ni memang review jujur oleh min lepas tengok dua episod daripada series ‘Nenek Bongkok Tiga’ ni.

Review Viu Original ‘Nenek Bongkok Tiga’

Siri ni berlatar belakangkan lokasi di Bukit Luruh yang penuh misteri. Banyak sebenarnya perkara pelik dan kejadian orang hilang dikatakan dah berlaku kat situ. Tapi apa yang mengejutkan, seorang wanita yang telah hilang selama 60 tahun di sana telah muncul semula secara tiba-tiba. Apa yang peliknya, wanita bernama Samira tu tak nampak tua langsung berbanding umurnya yang sudah menghampiri 100 tahun. Apa yang terjadi pada Samira semasa di Bukit Luruh sebenarnya?

Dalam episod satu, korang akan diperkenalkan dengan satu persatu watak dalam cerita ni. Zamir (Hun Haqeem) yang kehilangan adiknya (Rykarl Iskandar) semasa bersama-sama mendaki di Bukit Luruh. Disebabkan perselisihan faham, dia menghalau si adik balik dan itu adalah kali terakhir dia bertemu adiknya. Atas sebab serba salah, dia berusaha untuk mencari adiknya semula di sana.

Mior (Fimie Don) pula seorang pembuli di sekolah yang telah membunuh seseorang dan merancang untuk menanam mayatnya di bukit belakang sekolah mereka iaitu di Bukit Luruh. Min sendiri jadi seram masa dia tengah gali lubang nak tanam mayat, tiba-tiba semua kawan subahatnya hilang di sebalik kegelapan malam. Lepastu muncul pula cahaya pelik dari hutan. Masa ni lah Mior akhirnya jadi sebahagian dari ‘lagenda Bukit Luruh.’ Apapun, memang menjadilah watak Fimie sebagai pembuli.

Zamir dan Mior ni akan berjumpa dengan enam lagi watak lain di sebuah banglo lama di Bukit Luruh tersebut. Diorang ni termasuklah Adi (Meerqeen), Alis (Sara Ali), Malia (Sara Mack Lubis), Sani (Syafie Naswip), Salim (Syazwan Zulkifly) dan juga Haikal (Ashraf Muslim).

nenek bongkok tiga

Masing-masing ada perwatakan tersendiri. Paling tak boleh tahan, bila tengah krisis, ada pula provokasi muncul antara satu sama lain. Contohnya macam watak Meerqeen yang dikenali sebagai Adi. Lakonan yang dibuat punyalah berlagak dan seakan-akan psiko dalam series tu memang kena betul. Kita yang tengok ni memang rasa geram pulak dengan perangai macam tu. Dah la tengah dengan banyak cabaran yang kena hadap di Hutan Bukit Luruh tu, kena pulak layan manusia perangai macam tu dalam satu kumpulan.

Min paling geram masa dia bergaduh dengan Zamir, siap tolak jatuh dalam lubang yang penuh tengkorak dan mayat manusia yang dah reput. Gila seram. Bayangkan kaki tertusuk tulang, member-member pula lari tinggalkan kau sensorang sampai malam. Memang nampak jelas dan real tulang yang tembusi kaki Zamir tu. Meremang beb.

nenek bongkok tiga

Overall min bagi 5 bintang untuk episod satu dan dua siri Nenek Bongkok Tiga ni. Semua aksi dan juga adegan-adegan misteri yang diorang dedahkan dalam episod satu dan dua ni buat min tertanya-tanya dengan macam mana la sambungan series tu. Selain tu, min gerenti korang akan enjoy series ni sangat-sangat sebab Viu Original ‘Nenek Bongkok Tiga’ ni sekarang dah jadi series No. 1 yang paling banyak ditonton di Viu.

Bukan tu je, semua barisan pelakon yang terlibat dalam series ‘Nenek Bongkok Tiga’ memang betul-betul menjiwai watak. Kalau yang baik tu, memang korang akan rasa dia lah yang paling terbaik dalam lakonan tu. Kalau yang jahat pulak, korang memang akan rasa geram dan sakit hati lah dengan tindakan diorang. Power betul bawa watak. Tak peliklah kalau masing-masing memang ramai peminat di luar sana.

Dan untuk sesiapa yang minat dengan aksi-aksi yang agak ganas dan mencabar memang wajib tengok dan confirm ketagih dengan siri ni. Memang banyak babak dalam series ni yang unexpected dan buatkan korang tertunggu-tunggu sambungannya.

Korang boleh tengok siri Nenek Bongkok Tiga ni setiap hari Khamis kat aplikasi Viu. Untuk peminat pelakon-pelakon dalam cerita ni, korang jangan lupa tau sertai road tour series ni bertempat di Paradigm Mall JB 17 Februari nanti jam 8 malam. Untung-untung boleh la bergambar dengan barisan pelakon ‘Nenek Bongkok Tiga’. Siap boleh dapat barangan eksklusif dan banyak lagi hadiah menarik seperti voucher Prism+ TV bernilai RM3299, Samsung Galaxy Buds2 Pro bernilai RM899 dan langganan premium 1 bulan percuma dari Viu. Langgan pakej premium Viu sekarang untuk tonton drama kegemaran korang tanpa gangguan iklan.

nenek bongkok tiga

Nor Fakhry