Siakap Keli
shoichiro toyoda meninggal
Gambar: Yomiuri Shimbun

Pengerusi Kehormat Toyota, Shoichiro Toyoda Meninggal Dunia

Pengerusi Kehormat Toyota, Shoichiro Toyoda Meninggal Dunia 

NAGOYA — Pengerusi Kehormat Toyota Motor Corp, Shoichiro Toyoda dilaporkan meninggal dunia pada usia 97 tahun hari ini akibat komplikasi jantung, maklum syarikat berkenaan.

Memetik Kyodo News, beliau merupakan generasi ketiga (cucu) kepada keluarga pengasas syarikat itu.

Shoichiro mula melibatkan diri dalam syarikat keluarganya sejak berumur 27 tahun sebagai ahli lembaga Toyota. Mendiang memegang jawatan itu sehingga tahun 1992 sebelum menjadi pengerusi pada 1999.

Sejak dari itu, beliau telah memberikan banyak sumbangan kepada pembangunan ekonomi bandar.

Mendiang juga pernah menganjurkan Pameran Dunia 2005 di Prefektur Aichi, tengah Jepun.

Selain itu, Shoichiro juga pernah berkhidmat sebagai ketua Persekutuan Perniagaan Jepun hingga 1998 selama empat tahun.

Bagaimanapun, mendiang terpaksa bergelut dengan keadaan ekonomi Jepun yang terbantut. Susulan itu, beliau melaksanakan pembaharuan pentadbiran dan kewangan.

Walaupun telah meninggalkan lembaga pengarah pada tahun 2009, mendiang mempunyai pengaruh yang besar terhadap syarikat berkenaan.

Sejarah Penubuhan Toyota

Toyota Motor Corp mula ditubuhkan oleh Datuknya Sakichi Toyoda yang merupakan pengasas kepada syarikat berkenaan. Ia kemudiannya diwariskan kepada anaknya (bapa Shoichiro) Kiichiro Toyoda.

Syarikat Toyota Corp mula dibangunkan selepas penggabungan syarikat pembuatan dan penjualan pada tahun 1982.

Keluarga itu juga telah memacu perkembangan ekonomi dalam dan luar Jepun dengan membuka beribu cawangan di Prefektur Aichi serta kerjasama dengan General Motors Co. yang berpangkalan di Amerika Syarikat pada tahun 1984.

Pada tahun 1980an, syarikat itu semakin berkembang sehingga di pasaran Amerika Utara.

Menurut tradisi keluarga Toyoda, mereka melancarkan pembaharuan dalam perniagaan bagi setiap generasi. Misalnya, Datuknya Sakichi memfokuskan kepada pembuatan alat tenun manakala bapanya Kiichiro pula tertumpu kepada pengeluaran kereta.

BACA JUGA: Qatar Derma 10,000 Kabin Piala Dunia Kepada Mangsa Gempa

Pada awalnya syarikat itu dikenali sebagai Toyota Housing Corp sejak diperkenalkan. Kini, ia merupakan unit utama Prime Life Technologies Corp gabungan antara Toyota, Panasonic Holdings Corp dan Mitsui & Co.

Kerjasama Toyota bertujuan untuk membina bandar generasi akan datang yang berteraskan kereta elektrik dengan perumahan.

Sehingga kini, syarikat gergasi automobil itu telah membuka sayap di seluruh dunia termasuk Eropah, China dan Afrika dan menjadi salah satu syarikat pengeluar kereta yang terbesar di dunia.

Sumber: Kyodo News

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.